AFC: Tiada Larangan Jika Mahu Batalkan Saingan Liga

AFC

Berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih lagi melanda tanah air pada ketika ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mendedahkan bahawa pihak mereka tidak melarang sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu membatalkan penganjuran Liga Malaysia musim ini.

Menurut sumber laporan Sinar Harian, AFC menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John menjelaskan segala keputusan untuk membatalkan saingan liga domestik adalah terletak di bawah bidang kuasa badan induk bola sepak di negara masing-masing.

Datuk Windsor turut menjelaskan sudah ada kempen liga di Asia yang telah pun dibatalkan susulan kerisauan serangan wabak tersebut.

”Di Asia sendiri sudah ada beberapa liga dibatalkan, antaranya Liga Macau dan Liga Sri Lanka. Keputusan membatalkan liga tertakluk kepada peraturan liga di negara masing-masing.”

“AFC tidak akan dan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang sama ada liga mahu dibatalkan atau disambung semula kerana ia keputusan domestik atau dalaman,” ujar Datuk Windsor bercakap kepada wakil Sinar Harian.

Meskipun tiada larangan di pihak AFC, badan induk bola sepak Asia itu menasihati agar segenap aspek terutamanya berhubung isu penajaan perlu diambil kira serta penekanan oleh persatuan bola sepak sekiranya memilih untuk membatalkan saingan liga.

“Pelbagai perkara perlu diambil kira sebelum membatalkan liga. Paling penting adalah dari segi pendapatan menerusi hak penyiaran dan penajaan yang telah diberikan.”

“Penaja ini beri penajaan untuk setiap perlawanan yang berlangsung dan jika batal liga, maknannya badan induk bola sepak negara itu perlu bayar balik semua perbelanjaan tersebut. Jika penaja dapat beri kelonggaran, maka mungkin tiada masalah untuk dibatalkan,” ujar Datuk Windsor lagi.

Saingan CIMB Liga Super Malaysia dan Liga Premier 2020 serta semua pertandingan di bawah kelolaan FAM seperti Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Piala Presiden, Piala Belia, Liga M3 dan M4 terpaksa ditangguhkan selepas mesyuarat khas dilakukan FAM dan Malaysian Football League (MFL) pada 13 Mac lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN