‘AFC Super League’ – Pertandingan Baharu Kelab Elit Asia Dengan Hadiah Lebih RM59 Juta Bakal Diperkenalkan

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini bercadang untuk mewujudkan AFC Super League sebagai pertandingan baharu melibatkan kelab-kelab elit bola sepak Asia.

Untuk merealisasikan pertandingan tersebut, AFC telah mewujudkan satu jawatankuasa khas yang digelar Jawatankuasa Pertandingan Kelab Elit untuk mengkaji format pertandingan yang bersesuaian.

Langkah memperkenalkan AFC Super League dilihat sebagai usaha AFC untuk memartabatkan pertandingan peringkat kelab di Asia daripada segi komersil.

AFC Super League

ASL dijangka hanya melibatkan 24 kelab terbaik di Asia – bertanding sesama sendiri – dan merupakan pertandingan yang berbeza dan menjanjikan hadiah lebih lumayan berbanding AFC Champions League atau Piala AFC yang ada seperti pada hari ini.

Terhad hanya kepada kelab-kelab elit dari benua Asia, pertandingan tersebut dijangka akan disertai majoriti kelab-kelab Asia Barat seperti dari UAE, Saudi Arabia, Qatar, dan Uzbekistan.

Manakala kelab-kelab dari sebelah Asia Timur pula akan menampilkan kelab-kelab dari Jepun, Korea Selatan, China and Australia.

Berdasarkan perkongsian ASEAN Football setiap kelab yang mengambil bahagian dijangka akan menerima USD 2 juta sebagai hadiah penyertaan.

Jumlah wang hadiah akan meningkat berdasarkan kemenangan dan sejauh mana kelab mampu mara dalam pertandingan tersebut.

Kelab yang muncul juara akan dijangka akan meraih wang hadiah melebihi USD14 juta (RM59 juta) – menjadikan ia sebagai pertandingan kelab paling lumayan di benua Asia.

Apa peluang kelab Malaysia?

Berdasarkan senario semasa bola sepak negara, ASL dijangka tidak akan melibatkan kelab-kelab dari rantau Asia Tenggara termasuk dari Malaysia apabila diperkenalkan.

Ada beberapa faktor yang harus diambil kira untuk membenarkan kelab dari Malaysia mengambil bahagian di dalam pertandingan ini.

Walaupun setakat ini belum ada kaedah jelas untuk menentukan kelayakan pasukan bertanding, ranking AFC Members Association (MA) pasti akan menjadi faktor utama yang diambil kira untuk menentukan kelayakan kelab untuk bertanding di pertandingan kelab elit ini.

Pada hari ini hanya Thailand yang menduduki kedudukan kedudukan 10 teratas mata ranking AFC di kedudukan ke-9. Malaysia pula berada di kedudukan ke-20.

Jika situasi ini diambil kira, maka ia masih lama untuk kita menyaksikan kelab dari Malaysia beraksi di pertandingan ini.

Setakat ini hanya JDT yang beraksi secara konsisten di pertandingan AFC Champions League – pertandingan kelab elit Asia tertinggi yang ada pada hari ini.

AFC menjangkakan pertandingan ini akan dimulakan pada musim 2024/25.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN