AFC Sahkan Indonesia Antara 4 Negara Berminat Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023

Piala Asia 2023

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengesahkan empat negara menzahirkan rasa minat untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023.

Sebelum ini, desas-desus mengatakan negara-negara seperti Australia, Jepun, Korea Selatan dan Qatar antara yang berminat untuk menjadi tuan rumah.

Akan tetapi, menerusi kenyataan AFC ini menyaksikan Indonesia pula yang menggantikan Jepun sebagai empat negara yang ingin menjadi tuan rumah kejohanan berprestij tersebut.

“Konfederasi Bola Sepak Asia telah menerima minat daripada empat ahli AFC untuk menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Asia 2023.

“Verdasarkan jemputan AFC kepada semua ahli gabungan untuk menzahirkan minat mereka untuk menjadi tuan rumah kejohanan pasukan bola sepak kebangsaan lelaki yang terkemuka pada 31 Mei, diikuti dengan respon daripada ahli gabungan pada tarikh yang dilanjutkan pada 15 Julai 2022

“[mereka] telah menzahirkan minat untuk memperoleh hak sebagai tuan rumah untuk Piala Asia 2023. Mereka adalah, Australia, Indonesia, Korea Selatan dan Qatar,” ujar AFC dalam kenyataan mereka.

31 Ogos 2022 bakal menjadi tarikh penting buat kesemua empat negara ini kerana mereka perlu menghantar dokumen yang diperlukan AFC untuk tujuan bidaan hak tuan rumah.

Pengumuman sebagai tuan rumah Piala Asia 2023 hanya akan diumumkan pada 17 Oktober 2022.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN