AFC Piala Asia: Imbasan Sejarah Format Pertandingan

AFC Piala Asia 2019 akan berlangsung tidak lama lagi. Dalam edisi kejohanan yang bakal berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini, buat pertama kalinya format 24 pasukan akan digunakan.

Tetapi, adakah kita tahu bagaimanakah kejohanan ini diadakan pada sebelum ini?

Detik sulung

Korea Selatan memenangi Piala Asia 1960. Sumber: Sportskeeda.

Piala Asia pertama kali dipertandingkan pada 1956 dan Hong Kong diberikan mandat menganjurkannya. 4 negara bertanding selepas mengharungi fasa kelayakan.

Negara tersebut ialah Hong Kong, Israel, Korea Selatan dan Vietnam Selatan. Penganjur memutuskan untuk menggunakan format round-robin. Korea Selatan menjadi juara sulung setelah menang dua perlawanan dan seri satu perlawanan pada ketika itu.

Format sebegini juga kekal untuk kejohanan 1960 di mana Korea Selatan menjadi tuan rumah. Dan negara itu juga berjaya mengekalkan kejayaan menjulang Piala Asia.

Pada Piala Asia 1964, format sebegini juga diteruskan semasa Israel menjadi hos. Israel juga memenangi kejohanan pada tahun tersebut.

Bilangan negara bertanding Piala Asia 1968 bertambah menjadi 5 negara. Konsep round-robin masih dilaksanakan. Iran menjadi tuan rumah malah berjaya menjuarai kejohanan ini pada ketika itu.

1972, 1976

AFC memutuskan 6 pasukan akan bertanding dalam pertandingan Piala Asia untuk edisi 1972. Thailand dipilih menjadi negara penganjur pada ketika itu.

Satu kumpulan mempunyai 3 pasukan. Setiap pasukan akan bermain dua perlawanan pada peringkat kumpulan. Juara serta naib juara setiap kumpulan akan bermain dalam separuh akhir.

Format ini juga dikekalkan pada Piala Asia 1976. AFC memilih Iran sekali lagi untuk menjadi tuan rumah. Iran masih berbisa dengan mengekalkan mahkota juara mereka dalam Piala Asia 1972 dan 1976.

1980, 1984 dan 1988

Ketiga-tiga edisi ini telah menyaksikan 10 pasukan bertanding. 10 pasukan ini kemudiannya diasingkan dalam dua kumpulan dengan setiap satu kumpulan terdiri daripada 5 pasukan.

Juara dan naib juara bagi setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir untuk penentuan juara.

1980 Kuwait menjadi johan di tanah air sendiri. Manakala Arab Saudi memenangi Piala Asia 1984 dan 1988. Singapura menjadi hos Piala Asia 1984 di samping Qatar menganjurkannya 4 tahun kemudian.

8 pasukan?

Jepun telah dipilih untuk menjadi hos Piala Asia 1992. Namun begitu, 8 pasukan telah bertanding berbanding 10 pasukan sebelum ini.

4 pasukan diletakkan dalam satu kumpulan. Sebagaimana biasa, dua pasukan teratas setiap kumpulan diberi peluang bermain di separuh akhir.

Jepun menewaskan Arab Saudi dalam perlawanan akhir untuk memenangi Piala Asia.

1996 & 2000

Pemain Jepun meraikan kejayaan mara semasa kempen Piala Asia 2000. (Photo by Matthew Ashton/EMPICS via Getty Images)

Piala Asia 1996 telah dilangsungkan di Emiriah Arab Bersatu manakala Lubnan menjadi tuan rumah Piala Asia 2000.

Perubahan bilangan pasukan telah berlaku apabila 12 pasukan pula bertanding. Setiap kumpulan dianggotai oleh 4 pasukan.

Juara dan naib juara kumpulan akan mara ke suku akhir. Manakala 2 pasukan tempat ketiga peringkat kumpulan terbaik turut diberi slot ke suku akhir.

Arab Saudi memenangi edisi 1996. Negara Matahari Terbit, Jepun menjuarai kejohanan 2000.

2004, 2007, 2011 dan 2015

Iraq memenangi Piala Asia 2007. Sumber: Al-Jazeera.

Sebanyak 4 kali format 16 pasukan digunakan untuk pertandingan Piala Asia. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan. Juara dan naib juara bagi setiap kumpulan akan beraksi dalam fasa suku akhir.

Tuan rumah kejohanan 2004, China tewas kepada Jepun pada perlawanan akhir. Buat pertama kali dalam sejarah Piala Asia, 4 negara menganjurkannya serentak iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam yakni edisi 2007

Iraq menjadi juara Piala Asia 2007. Piala Asia 2011 dianjurkan di Qatar dan dimenangi oleh Jepun.

Australia diberi peluang untuk menjadi negara pengelola kejohanan ini pada 4 tahun lalu. Mereka memanfaatkannya dengan memenangi Piala Asia dengan bergaya setelah menewaskan Korea Selatan pada perlawanan akhir.

Penutup

Format manakah menjadi kegemaran anda? Adakah format 24 ini akan menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Namun begitu, selamat menikmati aksi bola sepak terbaik Asia tidak lama lagi!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN