AFC Perkenalkan Reka Bentuk Trofi Baru Bagi Piala Asia 2019

Piala Asia

Kurang masa setahun sahaja lagi, bola sepak dunia akan tertumpu kepada Piala Asia. Piala Asia 2019 kali ini dianjurkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selain daripada format baharu yang menyaksikan 24 pasukan akan beradu nasib dan tenaga, AFC juga memperkenalkan trofi baharu bagi menggantikan yang lama.

Rekaan baru

Ia dibuat lebih daripada tempoh 450 jam. Bermakna ia memakan masa lebih daripada 10 hari. Seramai 12 orang pengukir khas telah terlibat dalam penghasilan trofi ini.

AFC menempah khas trofi ini di London, Britain. Thomas Lyte of London, sebuah syarikat yang dikenali dengan kerja tangan ini telah dipilih AFC untuk melakukan reka bentuk baru trofi ini.

Bagi AFC, mereka mahu menukar trofi yang sudah lama digunakan sejak 1956 lagi. Trofi baru melambangkan satu aura baharu dalam bola sepak Asia.

Harmoni

Bagi pengurusan Thomas Lyte, mereka berbangga diberi sekali lagi peluang untuk reka bentuk trofi bola sepak. Sebenarnya AFC sudah memberikan tanggungjawab kepada mereka sejak 1997 lagi.

Hasil yang terbaik diberikan oleh syarikat tersebut menyebabkan AFC tidak ragu memberikan peluang kepada mereka.

Trofi ini berketinggian 78 sentimeter dan lebarnya 42 sentimeter. Ia akan dilihat pada kejohanan yang berlangsung di UAE.

Mansour dan Jarrah

Mansour. Maskot Piala Asia 2019. Sumber: AFC

Siapakah mereka ini?

Mereka ialah maskot untuk Piala Asia 2019. Mansour merupakan diinspirasikan dari watak seorang kanak-kanak. Manakala Jarrah pula dipilih daripada ‘falcon’ salah satu spesis burung helang.

Kedua-dua maskot ini akan digandingkan dalam sesi promosi kejohanan. Jawatankuasa Penganjuran menyatakan kehadiran maskot ini akan menarik ramai peminat untuk menonton Piala Asia.

Jarrah, maskot Piala Asia. Hei, senyumlah sikit! Sumber: AFC.

Malah Mansour ini membawa konsep kanak-kanak yang meminati dan bermain bola sepak serta mempunyai impian untuk beraksi dalam Piala Asia. Jarrah pula diterjemahkan sebagai kepantasan para pemain dalam kejohanan itu nanti.

Walau apa pun, selamat berjuang kepada 24 pasukan yang akan bertandang ke UAE pada tahun hadapan! Selamat berjaya juga kepada UAE kerana menganjurkan kejohanan berkelas dunia ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN