AFC: ‘Pahang Tak Salah Tetapi Sayanglah Slot Itu’

Setiausaha Agung AFC menegaskan yang tiada peruntukan di dalam AFC menyatakan Pahang melanggar syarat dengan menarik diri daripada Piala AFC.

Namun beliau berkata, agak sayang untuk melepaskan slot Piala AFC setelah ranking coefficient Malaysia membolehkan mereka berhak mendapatkan 2 slot itu. Secara tak langsung juga, 1 slot untuk pasukan Malaysia akan hangus.

“Bila pasukan sudah memenuhi syarat kelayakan tapi menarik diri, maknanya slot itu akan hangus atau hilang sebab kita anggap negara itu tak nak gunakan slot berkenaan. Jadi, kami hanya boleh ucap terima kasih.”

“Pahang tidak salah, tapi rugilah sebab slot itu boleh membantu ranking Malaysia untuk masa depan. Jika pasukan itu berjaya bermain dengan baik, maknanya ranking pasukan negara itu akan naik.”

Pahang telah diberikan slot oleh FAM untuk mengiringi Juara Liga Super 2017, JDT ke Piala AFC. Ini selepas juara Piala FA 2017, Kedah tidak ada lesen untuk bermain di Piala AFC.

Namun begitu PNNP telah menolaj untuk beraksi di Piala AFC atas alasan tidak bersedia dan lebih fokus kepada kejohanan domestik pada musim hadapan.

Tetapi pihak AFC masih belum mendapat surat rasmi daripada FAM berkenaan dengan penarikan diri pasukan Pahang ini.

“Kami belum dapat surat rasmi daripada FAM dan hanya mendengar berita itu menerusi laporan media.

“Jadi saya nak bagi komen lebih lanjut pun susah. Jadi, sekarang ini kami hanya menunggu surat pengesahan daripada FAM untuk melihat apa yang badan induk itu akan maklumkan kepada kami.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN