AFC Nyatakan Kesediaan Bantu Perkasakan Statut, Peraturan & Kod Tatatertib FAM

FAM

Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menyatakan kesediaan bagi memberikan khidmat nasihat serta membantu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam usaha memperkemaskan Statut, Peraturan dan Kod Tatatertib badan bola sepak negara ini.

AFC juga dikatakan akan memberikan bantuan dalam bentuk sokongan pakar dalam usaha FAM bagi memperkasakan elemen yang dinyatakan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam di laman Facebook rasmi FAM, beliau berharap agar langkah yang diambil dapat menjawab permintaan daripada industri bola sepak di negara ini yang mahukan Statut, Peraturan dan Kod Tatatertib FAM sedia ada dikemaskini dan diberi penambahbaikan.

Sokongan serta bimbingan daripada AFC amat diperlukan FAM dalam mengemaskini dan memperbaiki serta memperkukuhkan Statut, Peraturan dan Kod Tatatertib dalam memenuhi tuntutan semasa.

Ia juga bagi menepati piawaian antarabangsa dan amalan tadbir urus terbaik.

Dalam pada itu, usaha yang diambil ini bertujuan sebagai langkah awal pelaksaan Peta Hala Tuju (Roadmap FAM 2019-2030) yang lebih dikenali sebagai F:30 menerusi salah satu daripada tiga teras utamanya – Tadbir Urus yang berkaitan dengan Polisi iaitu Pemindaan Statut.

Dalam pada itu, pihak AFC turut mencadangkan agar mesyuarat pertama dapat diadakan selepas tamat kempen Piala Asia 2019 bagi menjalankan perbincangan mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, terdapat pertikaian yang memberikan kesan tidak baik dalam perkembangan bola sepak di Malaysia.

Kredit foto: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN