Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan menentukan nasib bagi penjaga gol JDT iaitu Farizal Marlias pada Ahad ini – lapor Berita Harian.
Farizal bakal dikenakan hukuman atas kesalahan yang dilakukan beliau iaitu menolak pengadil ketika perlawanan separuh akhir zonal ASEAN Piala AFC di Filipina.
Ketika itu, JDT menentang pasukan Ceres Negros.
Menurut Datuk Windsor John yang merupakan Setiasusaha Agung AFC, pihak AFC telah menghantar surat kepada pihak FAM.
Dalam surat itu, ia tertera penjelasan dari pihak AFC mengenai kad merah yang diberikan kepada Farizal.
Menurut Windsor, pihak AFC dijangka akan menentukan nasib yang diterima Farizal pada hujung minggu ini apabila pihak AFC mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib AFC.
Ketika perlawanan menentang Ceres Negros, Farizal Marlias dikenakan kad merah selepas bertindak menolak pegawai perlawanan.
Beliau yang tidak dapat mengawal emosi dikatakan berang dengan keputusan pengadil perlawanan yang memberikan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.
Hasil dari penalti itu, Ceres Negros menang perlawanan tersebut dengan 2-1 dan layak ke perlawanan akhir zonal ASEAN Piala AFC dengan agregat 4-4 dengan kelebihan gol di tempat lawan.
Ceres Negros akan bertemu wakil Singapura – Home United.