AFC Kagum Kejayaan Luar Biasa KL City Ulangi Pencapaian Skuad 1989

Kuala Lumpur City AFC

Kejayaan Kuala Lumpur City menjualang kejuaraan Piala Malaysia pada tahun ini bukan sahaja diraikan oleh penyokongnya di negara ini, tetapi ia turut mendapat perhatian Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Badan induk bola sepak di rantau Asia tersebut memuat naik ucapan tahniah mereka menerusi satu ciapan dalam akaun rasmi media sosial mereka @theafcdotcom yang turut mengimbau kejayaan Kuala Lumpur 32 tahun lalu.

“Tahniah Kuala Lumpur untuk kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2021!,” ujar kenyataan tersebut.

“Kali terakhir mereka memenangi gelaran ini adalah pada 1989, 32 tahun lalu!

 

Dengan kejayaan ini, KL City layak ke saingan Piala AFC pada musim depan, sekaligus menidakkan peluang Penang yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga untuk beraksi di kejohanan kedua tertinggi di benua Asia tersebut selepas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Skuad kendalian Bojan Hodak itu juga akan mengulangi pencapaian Kuala Lumpur beraksi di pentas kejohanan Asia, pada tahun 1987 dan 1989/90 iaitu pada era emas mereka ketika menjuarai Piala Malaysia tiga kali berturut-turut.

Skuad Kuala Lumpur pada 1989 terdiri daripada deretan pemain bintang seperti Rashid Hassan, Razip Ismail, Serbegeth Singh, Subadron Aziz, K. Kannan, Yap Wai Loon, Chow Siew Yai, Saidin Osman dan ramai lagi.

Pada penampilan terakhir mereka, skuad yang diketuai oleh Razip Ismail itu cemerlangnya menamatkan saingan selaku juara kumpulan 5 dengan menewaskan empat pencabar lain dari Asia Tenggara iaitu, Pelita Jaya (Indonesia), Geylang International (Singapura), Philipine Air Force (Filipina) dan Muara Stars (Brunei).

Namun pada peringkat kumpulan seterusnya bagi memilih juara kumpulan yang akan membuat perhitungan untuk perlawanan akhir, Kuala Lumpur terpaksa berpuas hati dengan kedudukan selaku naib juara kumpulan di belakang kelab Jepun, Nissan Yokohama.

Juara pada edisi tersebut adalah kelab dari China, Liaoning FC yang menewaskan Nissan Yokohama dengan keputusan 3-2 secara agregat pada perlawanan akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN