Edisi sulung Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.
Ini selepas cadangan untuk mengadakan pertandingan kelab peringkat rantau Asia Tenggara itu mendapat sokongan penuh dari Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino dan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa.
ACC dijangka menampilkan 12 kelab terbaik dari negara-negara anggota Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).
AFC and FIFA give full backing for inaugural Asean Club Championship https://t.co/YwLp2aSUDZ
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 5, 2019
“Kami berkongsi rancangan kami untuk kejohanan kelab dengan Presiden Infantino dan Yang Teramat Mulia Shaikh Salman dan kedua-dua mereka menyokong.
“Kami amat berterima kasih kerana mendapat sokongan penuh daripada FIFA dan AFC,” kata Presiden AFF Mej Jen Khiev Sameth, dalam satu kenyataan semalam.
Penganjuran ACC bertujuan untuk memberi insentif kepada kelab terkemuka dari ASEAN. Ia juga akan menjadi platform utama untuk peringkat seterusnya dalam pembangunan serantau bagi permainan tahap tinggi bertaraf professional.
Selain daripada penganjuran kejohanan, ACC juga akan memberikan fokus untuk meningkatkan pengalaman setiap venue, baik untuk peminat mahupun pemain, selain daripada memberikan ganjaran kepada pasukan-pasukan yang berjaya.
AFC and FIFA give full backing for inaugural Asean Club Championship https://t.co/gf1YXoLc8j pic.twitter.com/idfp7ELVi1
— ASEAN Football (@AFFPresse) November 5, 2019
Kelab yang menyertai kejohanan tersebut akan menerima yuran penyertaan daripada pusingan awal dan akan menikmati peningkatan hadiah wang tunai jika mara lebih jauh di dalam kejohanan ini.
Setiap kelab akan menerima yuran penyertaan daripada pusingan awal dengan peningkatan hadiah wang tunai apabila mereka mara dalam kejohanan.