Kawasaki Frontale nampak seolah sebelah kaki akan mara ke separuh akhir AFC Champions League. Pada perlawanan pertama, Frontale sudah menewaskan Urawa Red Diamonds dengan 3 gol berbalas 1.
Yu Kobayashi mengegar jaring Red dua kali pada perlawanan tersebut. Elson De Souza menyumbang 1 gol untuk Frontale selaku tuan rumah.
Namun, Yuki Muto merapatkan beza jaringan dengan menjaringkan gol saguhati untuk Red pada minit ke-76.
Ajaib buat Urawa Red Diamonds
Elson de Souza menjaringkan gol pada minit ke-19 untuk perlawanan kedua. Perlawanan kedua ini diadakan di Saitama.
Namun, Red tidak mahu menghampakan ribuan penyokong laman sendiri. Kohrogi Shinzoh menjadi pencetus semangat tuan rumah dengan jaringkan gol pada minit ke-35.
Pada separuh masa kedua, Frontale mendahului agregat 4-2. Red dilihat akan kalah dan tersingkir daripada saingan AFC Champions League.
Sehinggalah, Zlatan Ljubijanic menjaringkan gol pada minit ke-70 untuk Red. Rafael da Silva kemudiannya menjaringkan gol untuk mengikat agregat 4-4 pada minit ke-84.
Takagi menjadi hero
Dua minit kemudian, Takagi Toshiyuki akhirnya menjadi hero tuan rumah. Beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86.
Kawasaki Frontale bungkam apabila ditunjuk terus jalan keluar dari saingan AFC Champions League. Agregat menjadi 4-5.
Salah satu persaingan panas sesama kelab Jepun untuk AFC Champions League! Barangkali boleh diiktiraf sebagai salah satu kebangkitan semula yang epik!
Urawa Red Diamonds akan menentang Shanghai SIPG untuk separuh akhir AFC Champions League. Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Persepolis dari Iran akan menentang Al Hilal dari Arab Saudi.
Menarik juga AFC Champions League ini!