AFC Bakal Perkenalkan Sistem VAR Dalam Saingan Piala Asia 2019

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) merancang untuk memperkenalkan Sistem Video Assistant Referee (VAR) dalam kejohanan Piala Asia 2019 yang akan berlangsung di UAE.

VAR merupakan sistem yang masih lagi baharu dalam bola sepak dan penyokong bola sepak dunia didedahkan dengan begitu mendalam mengenai bagaimana sistem tersebut digunakan dalam ketika kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Menurut AFC, mereka kini dalam proses akhir untuk memuktamadkan penggunaan VAR selepas mendapat kelulusan daripada pihak Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) bersama Jawatankuasa Pengadil AFC.

Presiden AFC, Shaikh Salman Bin Ebrahim Al Khalifa berkata,

“Bolasepak Asia masih memerlukan pembaharuan dari segi penggunaan teknologi bagi memastikan kelancaran perlawanan dan kami sedang merancang untuk memperkenalkan sistem VAR dalam kejohanan Piala Asia tahun depan.

“Kami telah melihat sendiri bagaimana VAR dilaksanakan ketika dalam kejohanan Piala Dunia 2018 di Russia dan ia memerlukan pengadil melakukan latihan serta pelaburan dalam fasiliti untuk memastikan sistem ini menjadi effektif.

VAR juga memerlukan potensi perbelanjaan dan logistik melibatkan pemasangan kamera, yang lebih besar sekiranya ia membabitkan semua pasukan di peringkat kumpulan dalam saingan Piala Asia.

“Kami bersyukur FIFA dan IFAB memberikan sokongan dan sekarang saya perlu memastikan pihak pengurusan menyediakan beberapa keperluan logistik dan tempat praktikal sebelum mempraktikkan sistem VAR pada perlawanan sebenar,” katanya dalam satu kenyataan di laman web AFC.

(Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Ketika ini, teknologi VAR sudah pun digunakan di beberapa liga utama di dunia dan dianggap berjaya ketika digunakan di Piala Dunia 2018 yang lalu.

Bagaimanapun bekas pengerusi jawatankuasa pengadilan FIFA, Pierluigi Collina dalam satu temubual bersama ESPN pernah berkata situasinya kini jelas berbeza, dan kini tiba masanya untuk teknologi itu dilaksanakan di dalam pertandingan seluruh dunia.

Kejohanan Piala Asia bermula pada bulan Januari 2019 dimana UAE menjadi tuan rumah dan dijadualkan menentang Bahrain di Abu Dhabi dalam perlawanan pembukaan.

Sebanyak 24 pasukan terbaik di Asia bakal bertanding di kejohanan utama itu dan jumlah penyertaan telah meningkat daripada 16 pasukan sejak 1996. Malaysia tidak berjaya menempah tiket beraksi di Piala Asia tahun depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN