AFC Bakal Anjur Kejohanan Ketiga, Peluang Lebih Banyak Kelab Malaysia Bertanding?

Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) akan mengubah struktur pertandingan bola sepak di benua ini bermula pada musim 2024/2025.

Semua ini apabila AFC mahu menjadikan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) sebagai pertandingan elit untuk 24 kelab sahaja dengan dijangka hanya wakil daripada negara-negara utama Asia bertanding.

Sambil itu, format untuk Piala AFC juga akan diubah dengan 32 pasukan akan bertanding.

Ianya nampak serupa dengan format sedia ada tetapi bermula pada 2024/2025, tiada lagi pengasingan mengikut zon dilakukan.

Ini bermaksud, wakil daripada Malaysia berpotensi untuk bertemu dengan kelab-kelab Asia Barat tanpa perlu menunggu pusingan kalah mati.

Dengan pengecilan bilangan penyertaan kelab-kelab di ACL daripada 40 kepada 24, AFC mengambil langkah untuk mewujudkan satu lagi kejohanan antara kelab di peringkat Asia.

Satu lagi kejohanan ala UEFA Europa Conference League (UECL) akan diadakan dengan 20 pasukan sahaja akan bertanding.

Dengan kemunculan kejohanan baharu ini, adakah Malaysia akan mendapat lebih banyak kouta untuk beraksi di Asia?

Dengan AFC menjadikan saingan ACL sebagai pertandinga elit, adalah sukar untuk melihat wakil Malaysia lebih daripada satu dalam kejohanan itu.

Mungkin dengan adanya dua lagi kejohanan dibawah ACL, Malaysia akan memperoleh lebih kouta untuk Piala AFC dan pertandingan ketiga yang akan dianjurkan kelak.

Kemungkinan itu untuk berlaku adalah kerana AFC mahu mengemaskini ranking mata AFC yang akan memberikan kesan buat Malaysia dan negara-negara lain kelak.

Jadi, adakah Malaysia akan peroleh lebih kouta untuk kejohanan AFC di masa depan? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN