AFC B-23: Korea Selatan Julang Kejuaraan Kali Pertama Selepas Tundukkan Arab Saudi

Pemain pertahanan Daegu FC, Jeong Tae-wook muncul wira Korea Selatan selepas jaringan tunggalnya menerusi tandukan pada masa tambahan dalam perlawanan akhir kejohanan AFC Bawah 23 Tahun (B-23) memastikan kemenangan ke atas Arab Saudi di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada Ahad.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit sekalipun menampilkan corak permainan yang menarik dengan saling berbalas serangan. Namun Korea ketika perlawanan dalam masa tambahan berbaki tujuh minit, Korea Selatan memastikan kejuaraan menjadi milik mereka buat kali pertama.

Ia sekaligus menyaksikan kejohanan AFC B-23 yang memasuki edisi keempat mempunyai empat pemenang berbeza dengan Korea Selatan telah menyertai juara lain iaitu Iraq (2013), Jepun (2016) dan Uzbekistan (2018).

Perlawanan penentuan di Bangkok menyaksikan peretembungan menarik di antara kedua-dua pasukan, namun kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

The Green Falcons hampir-hampir membuka jaringan beberapa saat selepas bermula babak kedua menerusi percubaan Abdullah Al Hamdan, namun penjaga gol Song Beom-kuen lebih cemerlang menyelamatkan gawangnya dari dibolosi.

Kedudukan terus kekal tanpa jaringan dan mengheret perlawanan ke masa tembahan. 15 minit separuh pertama masa tamabahan juga tiada sebarang gol dihasilkan untuk memisahkan kedua-dua pasukan.

Ketika perlawanan seakan-akan bakal ditentukan oleh sepakan penalti, saat malang buat Arab Saudi bermula dengan insiden Kim Dae-won dikasari oleh Abdulhamid ketika Korea Selatan sedang menyerang dari sebelah kiri.

Pemain gantian, Lee Dong-gyeong yang mengambil sepakan bebas dengan kaki kirinya melencongkan bola ke hadapan gawang Arab Saudi dan disambar oleh pemain tinggi lampai, Tae-wook yang menanduk menewaskan penjaga gol hanya tujuh minit sebelum tamat perlawanan.

Arab Saudi yang muncul naib juara kejohanan turut membawa pulang anugerah ‘Fair Play’, manakala anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP) pula masing-masing menjadi milik pemain Korea Selatan, Song Beom-keun dan Lee Dong-jun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasΒ untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN