AFC B-16: Tiket Perlawanan Menentang Jepun Kini Boleh Dibeli Secara Online

Baru-baru ini sistem jualan tiket perlawanan AFC B-16 yang melibatkan pasukan Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil dikritik hebat oleh pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Kekecohan berlaku ketika perlawanan sedang berlangsung apabila ribuan penyokong tuan rumah yang berada di luar Stadium tidak dapat masuk akibat sistem jualan tiket yang tidak efisien. Situasi itu memaksa pihak penganjur membuka pintu masuk secara percuma untuk para penyokong.

Bagi mengelakkan masalah tersebut daripada berulang pada pertemuan menentang Jepun pada hari esok, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menjual tiket perlawanan ini secara online di www.tickethotline.com.my bermula jam 1.00 petang ini sehingga tengah malam ini.

Selain itu, kaunter penebusan tiket online akan dibuka di Pintu B dari jam 9.00 pagi esok hingga jam 4.30 petang. Perlawanan Kumpulan A, Malaysia lwn Jepun akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada jam 4.30 petang esok (Rabu).

Infografik tentang jualan tiket perlawanan AFC B-16.

Menurut FAM, tiket RM20 (VIP), RM15 (grandstand), RM10 (terbuka) dan RM5 (kanak-kanak) akan dijual di sebanyak 10 kaunter tiket (8 kaunter di Pintu A dan 2 kaunter di Pintu E) mulai jam 12 tengah hari pada Rabu.

Pintu masuk ke stadium pula akan dibuka jam 2.30 petang iaitu penyokong Malaysia diminta untuk masuk menerusi VIP Entrance sebelah kiri (tiket RM20), 5 laluan di Pintu A (tiket RM15) dan 10 laluan di Pintu C (tiket RM10) manakala penyokong Jepun masuk menerusi VIP Entrance sebelah kanan (tiket RM20) dan 3 laluan di Pintu E (tiket RM15 & RM10).

FAM turut menasihati para penyokong agar datang awal untuk membeli tiket bagi mengelak daripada beratur panjang dan kelewatan yang tidak diingini.

Setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam bersama wakil daripada AFC berbincang mengenai sistem jualan tiket. FOTO: FAM

Semalam pihak FAM bersama wakil daripada AFC meninjau ke Stadium Nasional sebagai langkah awal meningkatkan sistem penjualan tiket dan memastikan kemasukan penonton ke stadium berjalan lancar untuk baki perlawanan Kejuaraan AFC B-16 selepas ini.

Hadir sama Pegawai Keselamatan dan Sekuriti AFC, Hayssam Chmayse; Penyelaras Keselamatan Jawatankuasa Penganjur Tempatan (LOC) Stadium Nasional, Subramaniam Manickam dan Pengurus Keselamatan LOC, Haji Osman Abu Bakar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN