AFC B-16: Suphanat Cemerlang Bantu Thailand Tewaskan Malaysia 4-2

Perlawanan ke-2 kumpulan A menyaksikan perlawanan seteru Asia Tenggara, Malaysia berhadapan dengan Thailand. Skuad gajah putih itu perlu menang kerana sebelum ini mereka tewas di tangan Jepun.

Thailand menadului awal dalam dalam perlawanan ini. Suphanat Mueanta melakukan gol itu pada minit ke-3.

Tersentak dengan jaringan awal itu, skuad Lim Teong Kim terus memburu gol penyamaan dengan gaya permainan intensif.

Malaysia mengambil masa 7 minit untuk menyamakan kedudukan menerusi penyerang sensasi Luqman Hakim.

Suphanat Mueantha Thailand hampir menjaringkan gol kedua beliau selepas kelekaan pertahanan Malaysia. Namun sepakannya liar.

Suphanat Mueanta kemudian menebus kesilapan itu dan dia menjaringkan gol ke-2 minit ke-21. Suephanat diberikan ruang untuk melakukan pintasan masuk ke dalam.

Minit ke-30, Thailand sekali lagi mencipta peluang dengan hantaran tinggi melepasi pertahanan. Namun Suephanat tidak merembat terus bola cantik itu dan dia kehilangan bola kepada pertahanan Malaysia.

Thailand ternyata pasukan yang lebih baik pada separuh masa pertama. Dan Malaysia berhadapan dengan pasukan yang lebih berkualiti pada kali ini.

Thailand mencipta peluang ke-3 menerusi corak yang sama iaitu hantaran lolos di udara pada minit ke-36.

Kombinasi Najmudin dan Luqman mencetuskan peluang gol selepas itu, namun percubaan Luqman lemah terus ke dakapan penjaga gol.

Besambung babak kedua, Malaysia hanya memerlukan 2 minit menyamakan kedudukan menerusi Firdaus Kaironnisam. Kredit kepada Alif Mutalib kerana kehebatan individu beliau berjaya menewaskan pemain di byline.

Namun kira-kira 2 minit selepas itu penyerang utama Malaysia, Luqman Hakim dilayangkan kad merah langsung selepas menerjah lawan dengan kaki tinggi. Malaysia perlu bermain bakin 40 minit lagi dengan 10 pemain.

Minit ke-57, Waragon Thongbai meletakkan Thailand sekali lagi di hadapan dengan gol yang menarik, bola dileret ke arah gol.

Syukur Fariz Januri melakukan sepakan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-72 yang sedikit tersasar.

Thailand dilihat mengendurkan tempo mereka. Ini membolehkan Malaysia melakukan beberapa siri serangan.

Minit ke-72, Malaysia mencipta 1 lagi peluang keemasan, sayangnya percubaan Zikri tidak menerjah gawang.

Abdul Alim melakukan aksi menyelamat untuk menafikan hatrik Suphanat pada minit ke-80.

Perjuangan Malaysia untuk menyamakan kedudukan dibunuh oleh Thailand pada minit ke-85 menerusi Apidet yang menuntut itu gol beliau.

Thailand menang 4-2. Perlawanan terakhir kumpulan, Thailand akan berhadapan Tajikistan dan Malaysia akan berhadapan Jepun dalam misi hidup mati skuad Malaysia untuk ke pusingan kalah mati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN