AFC B-16: Skuad Lim Teong Kim Tetap Buru Tiket Ke Suku Akhir

Hari ini skuad bawah 16 (B-16) negara akan turun dengan misi wajib menang apabila dijadualkan menentang Jepun untuk aksi terakhir peringkat kumpulan dalam Kejohanan AFC B-16 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sedar tugas kali ini bukan mudah apatah lagi Jepun merupakan pasukan pilihan dan pernah menewaskan mereka, 4-0 ketika dalam saingan Kelayakan di Indonesia.

Namun begitu, kejayaan skuad bawah (B-23) tahun negara yang berjaya menamatkan badi gagal menundukkan Korea Selatan selama 44 tahun perlu dijadikan suntikan semangat utama buat pasukan kendalian Lim Teong Kim itu.

Skuad B-23 negara melakar kejutan itu apabila menundukkan Korea Selatan 2-1 pada peringkat kumpulan di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang, bulan lalu.

Jaringan penyamaan daripada Firdaus Kaironissam ketika menentang Thailand semalam. FOTO: FAM

Lim Teong Kim turut menegaskan anak buahnya tidak berputus asa dan tetap memburu kemenangan bagi menghidupkan impian untuk beraksi di Piala Dunia B-17 tahun depan.

“Kami turun (ke gelanggang) untuk menang kerana tiada jalan lain lagi bagi Malaysia. Kami akan bermain seperti biasa, sama ketika berdepan pasukan lain sebelum ini.

“Situasi dalam kumpulan sekarang ini semua pasukan memiliki peluang untuk layak ke suku akhir. Jadi semua akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menang, termasuk kami,” katanya kepada Berita Harian.

Namun, mereka perlu lebih berwaspada dengan strategi yang cuba dimainkan Jepun termasuk tindakan pengendalinya, Yoshiro Moriyama yang merehatkan tujuh pemain utama mereka ketika berdepan Tajikistan dimana perlawanan berakhir  dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Malah, Moriyama turut dikatakan menghantar beberapa ‘pengintip’ bagi mengkaji corak permainan Malaysia ketika berdepan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.

Kesebelasan utama skuad bawah 16 tahun Jepun. FOTO: AFC

Teong Kim pula dilihat cuba merahsiakan strategi ampuh yang direncanakan untuk menghadapi perlawanan getir itu di mana Malaysia wajib menundukkan Jepun untuk mara ke suku akhir.

Ketiadaan penyerang berbisa, Luqman Hakim ternyata tidak meresahkan Teong Kim kerana beliau masih mempunyai ramai lagi pemain simpanan yang berkualiti.

“Kami mempunyai kumpulan pemain yang besar dan mampu menggalas tugas dengan baik. Kita akan menggunakan penyerang lain untuk gantikan Luqman.

“Sama juga ketika kami kehilangan penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman sebelum ini. Jadi tidak banyak perbezaan akan dilakukan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN