AFC B-16: Lim Teong Kim Yakin Dengan Kemampuan Skuad Malaysia B-16

Undian kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bawah 16 tahun di Kuala Lumpur semalam menyaksikan skuad bawah 16 tahun negara diundi dalam kumpulan A bersama bekas juara dua kali, Jepun, Thailand dan Tajikistan.

Kejohanan ini akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 September hingga 10 Oktober ini.

Pengendali skuad negara, Lim Teong Kim berkata kepada Berita Harian ketika diminta mengulas mengenai keputusan undian itu mengakui tugas sukar bakal dihadapi oleh anak buahnya sepanjang kejohanan itu.

Pada masa yang sama, beliau menetapkan sasaran untuk mara ke separuh akhir bagi mencapai mat beraksi di kejohanan Piala Dunia bawa 17 Tahun di Peru tahun depan.

“Menyertai Piala Dunia B-17 adalah matlamat utama kami sejak empat tahun lalu.

“Walaupun ada Jepun dalam kumpulan kita, saya anggap ia bukan suatu masalah kerana kita benar-benar sudah bersedia untuk menghadapi saingan ini.

“Saya tak boleh nak pilih lawan sebab ia diputuskan menerusi sistem undian. Semua pasukan yang bertanding kuat dan peluang untuk kita (melepasi peringkat kumpulan) tetap ada,” katanya

Keputusan undian AFC B-16 2018.

Undian semalam turut menyaksikan juara bertahan Iraq berada dalam kumpulan maut apabila diletakkan bersama Korea Selatan, Australia dan Afghanistan dalam Kumpulan D.

Manakala bekas juara 2014, Korea Utara pula dihimpunkan dalam Kumpulan B dengan tiga pasukan ‘Pak Arab’ iaitu Oman, Yaman dan Jordan sementara Iran, Vietnam, India dan Indonesia bersaing di Kumpulan C.

Sebanyak 16 pasukan akan berentap untuk mengejar gelaran juara dengan empat pasukan terbaik akan meraih slot automatik ke Piala Dunia.

Pencapaian terbaik skuad negara pada 2014 di Bangkok di mana skuad kendalian S Balachandran ketika itu hampir melakar sejarah layak ke Piala Dunia sebelum tumbang 1-2 kepada Australia di suku akhir.

“Kita mempunyai kelebihan cukup besar kerana akan bermain di tempat sendiri serta sudah biasa dengan cuaca berbanding Jepun dan Tajikistan yang sejuk,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN