AFC B-16: Layak Ke Suku Akhir, Indonesia Semakin Hampir Ke Piala Dunia

Skuad Indonesia Bawah 16 Tahun (B-16) mencipta sejarah apabila berjaya mara ke peringkat suku akhir Kejohanan AFC B-16. Kali terakhir mereka melepasi peringkat kumpulan ialah pada tahun 1990 atau 28 tahun yang lalu.

Keputusan seri tanpa jaringan dengan India semalam bermakna skuad garuda muda itu dinobatkan sebagai juara kumpulan C dengan mengumpulkan 5 mata. India turut layak ke suku akhir dengan jumlah mata yang sama sebagai naib juara kumpulan.

Bagi pengendali skuad itu, Fakhri Hussaini, beliau berpendapat kejayaan ini adalah hasil daripada sikap pemainnya yang sentiasa fokus dan melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Kami patut berbangga dengan pencapaian ini kerana tak mudah mengulangi sejarah tersebut. Semoga penampilan kami semakin baik ke depan,” kata Fakhri seperti dipetik daripada laman media Indonesia, Tempo.

Fakhri memeluk pemainnya selepas muncul sebagai juara Kejohanan AFF B-16 bulan lalu. FOTO: ANTARA

Indonesia mempunyai 5 penampilan dalam kejohanan AFC B-16 dan pencapaian terbaik mereka ialah peringkat separuh akhir pada tahun 1990. Namun, ketika itu hanya 3 pasukan terbaik sahaja yang ditawarkan slot ke Piala Dunia B-17.

Pemain sayap Indonesia Mochammad Supriadi juga tidak menyangka pasukannya akan mara sejauh ini dan menyimpan impian untuk beraksi di Piala Dunia tahun depan.

“Saya sangat berbangga kerana kami mencipta satu lagi sejarah. Saya yakin kami akan mara ke separuh akhir,” katanya.

Selepas menjuara Piala AFF B-16 bulan lalu, Indonesia juga kini muncul sebagai satu-satunya wakil daripada Asia Tenggara yang berada di peringkat suku akhir. Mereka akan bertemu naib juara kumpulan D sama ada Australia atau Iraq pada hari Isnin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN