AFC B-16: Elakkan Kutip Kad Merah Jika Mahu Menang Ke Atas Jepun

Dua kad merah dalam dua perlawanan di peringkat kumpulan Kejohanan AFC B-16 bukanlah satu petanda yang baik untuk skuad kendalian Lim Teong Kim.

Malah, skuad bawah 16 tahun negara terpaksa melalui jalan yang berliku untuk mara ke peringkat suku akhir apabila tewas 2-4 kepada Thailand semalam.

Kad merah yang dilayangkan oleh pengadil kepada penyerang muda negara, Luqman Hakim ternyata telah merubah segala-galanya ketika kedudukan masih terikat dengan 2-2.

Barisan pemain pertahanan skuad Bawah 16 tahun negara menghalang kemaraan penyerang Thailand. FOTO: FAM

Mengulas mengenai insiden kad merah itu, Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar berkata kepada Berita Harian menegaskan tindakan Luqman mengangkat kaki begitu tinggi untuk mendapatkan bola disifatkan lebih kepada reaksi biasa sebagai seorang pemain.

“Saya yakin Luqman tiada niat untuk mencederakan pemain lawan. Dia berpusing dan melihat bola di udara sebelum dia mengangkat kaki tanpa melihat situasi lawan.

“Ini reaksi biasa seorang pemain lebih-lebih lagi lagi pemain seperti Luqman yang suka bola berada di kaki. Cuma keputusan dia ketika itu dalam situasi sedemikian adalah membahayakan pemain lawan.

“Kita melihat situasi sedemikian banyak kali tetapi hanya kad kuning yang dilayangkan. Tetapi pengadil membuat keputusan itu, jadi suka ataupun tidak, kita kena akur,” katanya.

Aksi pemain negara ketika menentang Thailand semalam. FOTO: FAM

Situasi kad merah itu jelas memberi kesukaran kepada anak buah Lim Teong Kim untuk beraksi dengan 10 pemain dan kekurangan dari segi ketahanan mental.

Ini adalah kad merah kedua yang dilayangkan kepada pemain negara selepas penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel turut menerima kad merah pada aksi pertama ketika bertemu Tajikistan atas tindakan sama.

Walaubagaimanapun menurut Safirul, situasi itu masih tidak menjejaskan semangat pemain negara untuk melakar kejutan ke atas Jepun pada hari Rabu ini.

“Ini tugas jurulatih supaya pemain sentiasa berada dalam emosi yang terbaik ketika menghadapi perlawanan. Risiko sentiasa ada di mana-mana terutamanya di dalam padang.

“Jika kita tidak mengambil risiko ketika bermain maka kita tidak akan mendapat keputusan yang dimahukan. Kita mampu untuk menewaskan Jepun pada aksi terakhir.

“Namun, kita perlu menampilkan kemampuan sebenar tanpa ada rasa takut pada aksi di peringkat tertinggi seperti ini. Musuh kita ialah diri kita sendiri,” katanya.

Malaysia kini mengumpulkan 3 mata dibelakang Jepun yang mengutip 4 mata dalam kumpulan A. Mereka wajib menang ke atas Jepun jika mahu mencerahkan peluang untuk beraksi di Piala Dunia B-17 tahun depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN