Penjaring gol dalam perlawanan menentang Iran, Bagus Alfikri yakin Indonesia akan melangkah jauh dalam Piala AFC B-16 kali ini dengan syarat pasukan mereka kekal fokus dengan corak permainan mereka.
Amiruddin Bagus Alfikri dan saudara kembarnya Amiruddin Bagas Arrizqi menjaringkan 2 gol untuk membantu Garuda muda mengejutkan Iran pada 21 September lalu.
Secara tak langsung, Indonesia baru sahaja menewaskan pasukan elit Asia. Bagus Alfikri berkata:
“Ianya perlawanan yang sukar untuk kami. Saya rasa Iran main sangat baik sekali terutama sekali selepas gol pertama saya.”
“Namun adik saya memastikan kemenangan milik kami (gol minit ke-90). Saya rasa sangat bersyukur.”
Seterusnya Indonesia akan berhadapan dengan Vietnam. Bagus Alfikri merasakan pasukan Indonesia memiliki motivasi sangat tinggi selepas kemenangan tanpa bolos menentang Iran.
Vietnam mencari kemenangan selepas tewas di tangan India pada perlawanan pembukaan. Bagus Alfikri berkata:
“Selagi-lagi kami kekal fokus dengan cara permainan kami, kami boleh menang semua perlawanan yang kami hadapi.”
“Vietnam pasukan yang sangat bagus. Namun percaya kata saya, kami akan mendapat 3 mata nanti.”
Indonesia akan menentang Vietnam pada pukul 8.45 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kepada pembaca kami yang menyokong Timnas Indonesia, kami ucapkan selamat maju jaya.
Hebahkan kepada rakan anda yang menyokong Indonesia tentang perlawanan ini.