Afandi Hamzah: Kehadiran Kelantan United Hangatkan Lagi Persaingan

Kelantan

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah mahu memastikan Kelantan FA mampu untuk mencabar pendatang baharu Liga Premier, Kelantan United (KUFC) pada musim depan bagi menghadirkan satu aura berbeza buat penyokong dari negeri itu.

Afandi tidak menafikan Kelantan FA telah mengharungi musim yang cukup mencabar pada musim ini dengan menamatkan saingan di tangga ke-10 Liga Premier.

Namun, dengan kehadiran Kelantan United pada musim hadapan dijangka mampu menghadirkan suasana yang lebih hangat di atas padang apatah lagi pasukan itu turut dibarisi pemain-pemain yang pernah mencipta nama bersama Kelantan FA sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Afandi percaya penyokong ingin melihat kembali kebangkitan juara Treble 2012 itu pada musim hadapan dan dengan adanya sebuah lagi pasukan lawan dari negeri sama sudah pasti akan menjadikan saingan lebih menarik untuk disaksikan.

Apa yang pasti, beliau positif barisan pemain yang ada akan menghidupkan kembali peluang mereka untuk beraksi di saingan Liga Super pada masa akan datang.

“Kita sudah menjangkakan apabila setelah sekian lama, Liga Premier diungguli oleh dua pasukan dari negeri sama iaitu Kelantan FA dan Kelantan United.

“Saya dapat rasakan musim 2020 akan menjadi lebih menarik dan sambutan pasti akan lebih meriah kerana semua tahu Kelantan mempunyai penyokong-penyokong yang sentiasa tampil memberikan sokongan penuh.

Kredit Foto: Kelantan FA Official

“Kami di KAFA sudah mempunyai perancangan sendiri dan majoriti pemain-pemain muda dikekalkan kerana mereka masih mempunyai potensi besar untuk diberi kepercayaan bantu pasukan musim depan”, katanya.

Setiap pasukan sudah sedia maklum mengenai jadual Liga Malaysia yang akan bermula pada 28 Februari 2020.

Bagi Afandi, KAFA tiada masalah dengan jadual yang telah ditetapkan memandangkan mereka juga dalam proses untuk menyelesaikan segala aspek kewangan bagi menepati peraturan Economic Control Programme (ECP) yang akan dilaksanakan pada musim hadapan.

Segala maklumat berhubung bajet setiap pasukan telah diserahkan kepada MFL untuk disemak sebelum mengesahkan kos sebenar skuad utama mereka yang dibenarkan pada 15 Januari tahun hadapan.

Jadi, bagi KAFA, mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan seandainya ada sebarang masalah berhubung peruntukan mereka sebelum sepak mula pada 28 Februari depan.

“Bagi saya, tidak ada banyak perbezaan pun apabila liga akan bermula pada 28 Februari kerana dalam masa yang sama semua pasukan kena bersedia dengan perlaksanaan ECP ini.

“Kami pun akan ada banyak masa untuk sentiasa bersedia mengenai bajet kewangan ini takut ada masalah pada saat akhir dan KAFA sebagai rakan kongsi MFL sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk saingan Liga agar semua pihak dapat manfaat bersama”, tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN