Adrien Rabiot Hanya Mahukan Liverpool Sekiranya Beliau Berpindah Ke England

Nampaknya, ada yang bakal berubah arah?

Pemain Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Adrien Rabiot dijangka akan mengubah arah dengan menukar pasukan yang ingin beliau wakili pada musim hadapan.

Menurut laman Daily Mirror, Rabiot yang telah menolak tawaran kontrak baharu dari pihak PSG dijangka bakal berkelana sama ada di La Liga atau Premier League.

Sebelum ini laporan mengatakan, Rabiot telah hampir pasti untuk menyertai pasukan Barcelona secara percuma.

Namun sehingga kini, masih belum lagi ada berita rasmi mengenai situasi itu.

Oleh kerana perpindahan Rabiot ke Barcelona masih lagi tergantung, ianya telah memberikan isyarat berjaga-jaga buat pasukan dari Premier League mengenai situasi beliau.

Chelsea dan Tottenham Hotspur dikatakan berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk cuba merampas pemain itu di selekoh terakhir.

Namun begitu, sumber di Perancis mengatakan yang Rabiot mempunyai pilihan sendiri seandainya beliau berhasrat untuk mencuba nasib di England.

Rabiot dikatakan hanya ingin beraksi buat pasukan Liverpool sekiranya beliau membuat keputusan untuk beraksi di Premier League dan bukannya pasukan lain.

Hal ini kerana, beliau ingin beraksi di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Walaupun begitu, tiada sebarang gerak kerja dari Liverpool untuk mendapatkan beliau. Malah ianya hampir pasti tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Hal ini kerana, Liverpool sudah pun mempunyai pilihan pemain tengah yang mencukupi dan Klopp membayangkan tidak akan melakukan pembelian pemain baharu terutamanya di posisi tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN