Adrien Rabiot Sah Akan Sertai Barcelona Secara Percuma Selepas Tamat Musim Ini

Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Adrien Rabiot sah akan menyertai Barcelona secara percuma pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Kontrak pemain tengah berusia 23 tahun itu bersama PSG akan tamat pada penghujung musim ini – tatkala laporan oleh The Guardian berkata pemain tersebut telah bersetuju dengan kontrak bernilai £170,000 seminggu, selama lima tahun di Nou Camp.

(Photo by Johnny Fidelin/Icon Sport via Getty Images)
Angin baru di Sepanyol

Rabiot juga dilaporkan akan mendapat durian runtuh bernilai £9 juta sebagai bonus menangani kontrak bersama juara La Liga musim lalu itu.

Rabiot beraksi bersama PSG sejak 2012, dan sebelum ini pernah dicanang sebagai tunjang utama gergasi Ligue 1 itu untuk tahun-tahun mendatang.

Namun prestasi tidak menentu sejak beberapa musim lalu menyebabkan pemain yang turut pernah beraksi untuk Manchester City di usia remaja itu mencari angin baharu di Sepanyol.

Walaupun dianggap sebagai antara prospek terbesar di Perancis, Rabiot hanya pernah beraksi sebanyak enam kali untuk pasukan negaranya.

(Photo by Srdjan Stevanovic/Getty Images)
Barcelona buru bintang lain

Selain daripada Rabiot, Barcelona juga dilaporkan yakin untuk mendapatkan tandatangan pemain pertahanan Toulouse berusia 19 tahun, Jean-Clair Todibo – juga secara percuma pada Jub hadapan.

Manchester City dan Juventus adalah dua lagi kelab yang dikatakan berminat untuks mendapatkan pemain pertahanan tengah itu, namun Barcelona dikatakan mendahului rundingan selepas berjaya meyakinkan Todibo untuk menyertai mereka.

Manakala PSG pula dilaporkan menjadi pilihan untuk mendapatkan bintang muda Ajaz, Frenkie de Jong yang turut menarik minat Barcelona dan Manchester City.

Sehingga kini, PSG dilaporkan sedang berbincang dengan Ajax untuk pemain berusia 21 tahun itu dalam perpindahan melibatkan nilai £65 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN