Adrien Rabiot Balas Kritikan, Anggap Deschamps Buat Keputusan Tidak Logik

Kritikan Didier Deschamps ke atas Adrien Rabiot telah mengundang rasa marah pemain tersebut.

Rabiot menghantar surat enggan menjalani latihan khas paskan simpanan, menyebabkan Deschamps menganggap pemain itu buat kesilapan besar.

Deschamps terkejut dengan respon daripada Rabiot, kerana pemain itu seakan-akan memperlekehkan tugasan profesional itu. Deschamps sudah memaklumkan perkara itu kepada Pengurus Pasukan Perancis dan pengurusan PSG.

Adrien Rabiot ternyata berang dengan tindakan Deschamps yang mengkritik beliau di hadapan media. Lalu beliau membalas kritikan itu dan tidak bersembunyi menyatakan kekesalan dan kekecewaan tidak terpilih dalam skuad 23 pemain sebagai alasan beliau bertindak sedemikian.

Rabiot mempertikaikan logik kesukanan (sporting logic) dalam keputusan Deschamps. Menurut Rabiot, adalah tidak masuk akal tiada nama beliau dalam pasukan 23 pemain Perancis buat masa ini.

“Saya dah tahu impak keputusan saya, tetapi saya kesal dengan cara orang menggambarkan saya sebagai pemain muda yang tak matang dan tak mampu menilai kesan tindakan saya sendiri.”

“Ini kerja saya, bola sepak adalah keghairahan saya, dan cuba mendaki sehingga ke puncak tertinggi dalam karier. Saya bekerja keras hari demi hari, untuk mendapatkan apa yang saya ada pada hari ini.”

Beliau kecewa dituduh mendahulukan soal peribadi berbanding dengan semangat patriotik.

“Saya ada impian sejak kecil seperti pemain bola sepak lain, saya mahu bermain untuk negara saya. Mengenakan persalinan biru pasukan Perancis. Saya orang Perancis yang telah menyarung jersi negara saya sejak berusia 15 tahun.”

“Saya tak suka orang memandai-mandai bercakap tentang hubungan saya dengan pasukan kebangsaan.”

“Memakai jersi Perancis warna biru ini adalah satu kebangaan bagi saya, satu kemegahan. Untuk memenangi sesuatu untuk Perancis adalah satu misi.”

“Sejak panggilan pertama saya untuk pasukan simpanan pada Mei 2016, saya berusaha menjadi pemain terbaik. Saya telah bermain untuk PSG, kelab elit Eropah, 88 perlawanan termasuk 13 perlawanan UCL, menjaringkan 7 gol dan 7 piala.”

“Jadi, secara logik kesukanan saya merasakan di mana silapnya sehinggakan saya tidak dipanggil oleh jurulatih untuk melayakkan mewakili pasukan ini?.”

“Aksi saya di padang dalam beberapa tahun ini dalam kelab telah menjadi mesej jelas. Namun adakah ia dikira dalam menentukan saya layak bermain untuk pasukan kebangsaan?.”

“Jadi, inilah sebab kenapa saya menarik diri daripada senarai pemain simpanan ini.”

“Saya seorang pesaing sejati, dan pada masa yang sama saya seorang manusia biasa, jadi, saya mahu orang menilai saya dengan pertimbangan itu.”

“Apa yang saya buat ini tiada kaitan dengan mensasarkan kritikan ke atas pemain-pemain yang dipilih.”

“Terima kasih kepada Pengurus pasukan Perancis, Noel Le Graet kerana telah menerangkan komitmen saya untuk berusaha demi pasukan kebangsaan dalam 8 tahun ini.”

“Akhir sekali, saya nak jelaskan yang keluarga dan rakan-rakan saya menyokong tindakan saya.”

PSG dalam kenyataan kelab mereka menyatakan tidak mahu masuk campur isu Rabiot dan tidak akan mengambil tindakan ke atas apa yang dilakukan pemain ini.

Ia seakan-akan menyokong tindakan Rabiot. PSG dalam kenyataan mereka berkata:

“Di sebalik semua perdebatan di ruang umum, kelab ini mahu menyatakan yang hubungan istimewa di antara kami dengan pemain ini (Rabiot) sejak kali pertama beliau tiba di pusat latihan kami pada 2010.”

“Pemain yang kemudiannya meningkatkan bakatnya dengan karakter di semua peringkat untuk menjadikan beliau sebahagian tenaga kerja profesional penting kami.”

“Beliau sangat kompeten di dalam warna kelab kami, sudah bermain 207 kali pada usia hanya 23 tahun, menjadi salah seorang pembawa bendera (Perancis) yang ada masa depan cerah di dalam pusat latihan kami.”

“Kelab ini mahu menyatakan yang setiap pemain kami terikat dengan tanggungjawab untuk pasukan kebangsaan. Kami mengucapkan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan Perancis dalam Piala Dunia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN