Adilkah Penyokong Kedah Ejek ‘Boo’ Kepada Khairul Helmi Johari?

Artikel ditulis oleh: Daud Ghani

Semalam Daud dikhabarkan tentang seorang pemain senior pertahanan pasukan Kedah FA, Khairul Helmi Johari, yang sinonim dengan panggilan Keon, telah diejek ketika bermain [dalam perlawanan persahabatan pra-musim 2019] dengan pasukan Kedah bertemu pasukan Home United.

Keon dikatakan telah di ‘boo’ tiap kali bola berada di kakinya. Malahan ada beberapa ketika, semasa bola masih lagi bergolek belum sempat sampai ke kakinya pun sudah di ‘boo’. Kejadian seperti ini, buat Daud teringat kepada Pelam, atau nama sebenarnya Shafizan Hashim.

Aksi bek kiri Kedah, Shafizan Hashim (kiri) ketika aksi menentang Pahang sekitar 2014. (Foto: Khairil Ajhar)

Hanya untuk menjelaskan, Daud bukanlah nak back up Keon, walaupun Keon pernah like status Twitter Daud beberapa kali, tapi ini adalah isu sesebuah pasukan.

Ya, jika nak dibandingkan dengan beberapa pemain yang sama posisi dengannya, akhir-akhir ni prestasi Keon agak keterbelakang. Ada juga penyokong yang sering menyalahkan Keon ketika Kedah melepaskan beberapa gol penting di dalam perlawanan liga baik perlawanan kalah mati pada musim yang lepas.

Namun adakah kita menjadi seorang penyokong yang baik apabila pemain yang diberi peluang menyarung jersi pasukan, kita jatuhkan pula moralnya ketika dia masih berjuang di atas padang?

Adakah kelakuan itu mempunyai tambah baik untuk pasukan?

Isu ini bukanlah isu Keon sendiri. Ia boleh dilontarkan kepada kesemua pemain, yang kita rasa aksi permainannya, tidak mencapai standard kita sebagai penyokong.

Beza kritikan di luar dan di dalam padang

Kritikan itu perlu untuk seorang pemain memperbaiki prestasi yang lepas. Namun kritikan di dalam padang, menjatuhkan moralnya sebagai pemain, pada pendapat Daud, bukanlah sebuah perlakuan yang baik.

Tambahan pula pemain seperti Keon memikul tugas di posisi yang amat penting, pertahanan tengah.

Khairul Helmi Johari (kanan) cuba mengekang pergerakan pemain tengah Kelantan, Margaro Gomis ketika aksi Liga Super. (Foto: Asiana.my)

Daud tak rasa kritikan atau ‘boo’ mampu menaikkan semangatnya semasa bermain. Pada musim ini, Daud rasakan Keon adalah seorang pemain yang perlu catch up dengan cepat prestasinya kerana Kedah mempunyai dua pemain pertahanan yang baik iaitu Renan Alves dan Shakir Hamzah.

Bayangkan salah seorang pemain itu cedera atau digantung perlawanan, adakah kita sebagai penyokong terus jatuhkan pasukan sebelum perjuangan bermula dengan mengejek Keon sebagai pemain gantian?

Keon adalah aset squad depth Kedah untuk musim ini.

Kita boleh mengkritik pemain di mana-mana media selepas perlawanan. Kritik aksinya. Secara berhemah. Motifnya agar dia menjadi asset yang berharga untuk pasukan jika prestasinya juga naik.

Namun bagi Daud, sebelum mulanya atau semasa sesuatu perlawanan, yang perlu ditaburkan adalah sokongan moral.

Siapa nak bagi sokongan moral kalau bukan kita, sebagai penyokong? Selepas perlawanan jika ada yang tak kena, kritik. Secara berhemah.

Tugas mengkritik di dalam padang

Perkataan penyokong itu sendiri telah menjelaskan segalanya. Sinonim dengan jolokan pemain ke 12, adalah tugas penyokong untuk membantu pasukan.

Bagi Daud ada dua cara untuk membantu pasukan ketika perlawanan. Pertama menaikkan aura dan semangat pemain untuk berjuang. Kedua, menjatuhkan moral pemain lawan.

Kelebihan bermain di tempat sendiri adalah peluang untuk kita sebagai penyokong untuk menaikkan aura pemain sendiri dan menjatuhkan moral pemain lawan.

Sebagai contoh, kita lihat sahaja kegarangan penyokong Borussia Dortmund dengan Yellow Wall nya dan paling dekat stadium keramat Gelora Bung Karno semasa pemain kita terpaksa menaiki Barracuda ke stadium, sedikit sebanyak boleh membantu pasukan dengan menurunkan moral pasukan lawan.

DORTMUND, GERMANY – JANUARY 26: The famous Yellow Wall / South Stand of Dortmund is seen during the Bundesliga match between Borussia Dortmund and Hannover 96 at the Signal Iduna Park on January 26, 2019 in Dortmund, Germany. (Photo by Jörg Schüler/Getty Images)

Nasihat kepada pemain

Penyokong berhak mengkritik. Sebagai pemain, kritikan itu terpaksa diserap. Tak dapat disangkal kerana kewujudan media sosial kini menjadi penyebab penyokong merasakan dekat dengan pemain. Dekat secara baik, mesra atau merasakan seseorang pemain itu begitu ofensif.

Ambillah kritikan itu sebagai kritikan membina dan lumrah kehidupan seseorang pemain. Tidak perlu balas setiap kritikan. Fokus kepada permainan, pasukan dan keluarga. Namun jika ada yang melampaui batas seperti mengganggu ketenteraman keluarga, tidak perlu gunakan media sosial, terus sahaja gunakan kuasa undang-undang.

Ingat setiap gerak geri sentiasa dinilai oleh penyokong.

Biar jasa jadi kenangan

Keon pernah menjadi salah seorang pemain pertahanan tengah yang baik di Malaysia. Telah banyak bakti dia curahkan kepada Kedah sehingga kini.

Namun oleh kerana prestasi yang kurang baik ini, bukanlah hak kita untuk menghukum terus Keon. Bukanlah kehendak dia untuk jatuh. Sudahlah jatuh tangga, bukannya nak dihulurkan bantuan, kita
pijak-pijak lagi kakinya sehingga tak dapat nak bangun lagi.

Adakah kita berlaku adil?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN