Dickson Nwakaeme adalah antara pemain import yang berjaya meninggalkan kesan di kalangan peminat bola sepak tempatan.
Turut dikenali dengan gelaran ‘orang besi’ dalam kancah bola sepak Malaysia, Nwakaeme mulai mencipta nama di Liga Malaysia pada 2013 dengan pasukan Kelantan. Beliau terus menjadi antara penyerang yang digemari di Kota Bharu.
Dickson Nwakaeme membantu Kelantan menjuarai Piala FA pada musim 2013. Antara aksi terbaik Nwakaeme ialah ketika membantu Kelantan mara ke final Piala FA 2013.
Legenda Tok Gajah
Nama Dickson Nwakaeme bagaimana pun lebih sinonim dengan pasukan Pahang kerana lebih lama bersama pasukan itu.
Beliau berjaya menjulang Piala Malaysia dan Piala FA bersama Pahang sebelum berhijrah ke Ligue 1 Perancis sebelum kembali ke Liga Malaysia bersama Pahang pada musim 2019.
Did they try to recreate that classic Dickson Nwakaeme pic? 📸 pic.twitter.com/jfdOfeR9PD
— Darren Goon (@DarrenGoon) February 29, 2020
Dickson Nwakaeme mengumumkan persaraan daripada bola sepak selepas meninggalkan pasukan Pahang selepas tamat musim 2020.
Nwakaeme di Turki
Selain daripada Dickson Nwakaeme, terdapat seorang lagi Nwakaeme yang mencipta nama di Super Lig, Turki. Pemain yang dimaksudkan adalah adik kepada Dickson, iaitu Anthony Nwakaeme.
Anthony sudah beraksi bersama Trabzonspor sejak 2018 dan pada 2020 membantu kelabnya muncul juara Piala Turki.
Anthony Nwakaeme wins the 2021/2022 Turkish Super Lig title with Trabzonspor 🏆 pic.twitter.com/cScEaX3rHr
— Home of Nigerian Football (@EaglesTrackerNG) April 30, 2022
Merupakan seorang pemain sayap kiri, Anthony juga pernah dipanggil beraksi untuk skuad kebangsaan Nigeria, dan pada hari ini dianggap sebagai salah seorang pemain senior di dalam kelab tersebut.
Berusia 33 tahun, beberapa laporan turut mengaitkan Anthony bersama beberapa kelab Timur Tengah dan China. Namun pemain itu memilih untuk kekal bersama Trabzonzpor.
1️⃣ 1️⃣ Goals
1️⃣ 0️⃣ Assists in 27 league matches this season.
Nigeria striker Anthony Nwakaeme has helped Trabzonspor end their 38-year wait for the Turkish Super Lig title.#Afrosport #Freedomofsport #SuperLig #Trabzonspor pic.twitter.com/QBOcEhPTHt
— AfroSport (@AfroSportTV) May 1, 2022
Musim 2021/22 akhirnya membuahkan hasil buat Anthony yang melakukan 27 penampilan dan menjaringkan 11 gol dan 10 assist untuk membantu kelabnya muncul juara Supe Lig buat kali ketujuh, dan yang pertama di dalam tempoh 38 tahun.
https://twitter.com/RandaAndrew/status/1520689339382083585
Anthony adalah antara pemain paling konsisten sejak menyertai Trabzonspor beberapa tahun yang lalu. Musim ini beliau adalah penjaring kedua terbanyak kelab, di belakang Andreas Cornelius yang menghasilkan 15 jaringan.
Kontrak beliau bersama Trabzonzpor akan tamat pada musim panas ini. Beliau dilaporkan sedang mengadakan rundingan untuk menyertai Fenerbahce sebagai ejen bebas.
Siapa tahu, dengan ketumpulan jentera serangan Sri Pahang FC pada musim ini, kelibat seorang lagi ‘orang besi’ akan memeriahkan lagi Stadium Darul Makmur selepas ini.