Rusia 2018: Adidas Perkenal Bola Khas, Telstar Mechta Untuk Saingan Kalah Mati

Adidas memperkenalkan bola baharu yang dinamakan Telstar Mechta, bola rasmi kejohanan Piala Dunia 2018 yang akan digunakan mulai saingan kalah mati.

Mechta bermaksud impian atau ‘cita-cita di dalam Bahasa Rusia. Bola ini turut diperkenalkan sebagai penghormatan untuk apa yang diperjuangkan oleh pemain mulai di saingan kalah mati.

Telstar Mechta direka menggunakan elemen sama yang dimiliki Telstar 18 yang digunakan di saingan peringkat kumpulan.

 

Bezanya, ia disertai dengan corak berwarna merah sebagai simbol peningkatan intensiti, dan cabaran yang bakal dihadapi oleh pemain di peringkat kalah mati.

Dalam satu kenyataan Adidas berkata:

“Reka bentuk baru yang mempunyai kesan cetak logam dan grafik tekstur dihasilkan untuk memberikan prestasi dan ketahanan baik untuk kegunaan di stadium dan di jalanan. Aspek kelestarian dan ketahanan juga menjadi tumpuan utama.”

“Telstar 18 sudah pun merupakan satu anjakan secara teknikal apabila berbicara mengenai menghasilkan bola rasmi.”

 

“Namun pada Telstar Mechta, ia disertai dengan reka bentuk inovatif yang diperbaharui, sekaligus menghasilkan bola yang sesuai digunakan untuk pusingan kalah mati Piala Dunia.”

Pusingan kalah mati akan bermula malam esok, dengan Perancis akan bertemu Argentina dalam perlawanan pertama, diikuti oleh pertemuan Uruguay dan Portugal pada awal pagi berikutnya.

Jepun, dan Colombia adalah dua pasukan terakhir yang mengesahkan akan bersaing di pusingan 16 pasukan terbaik di Rusia malam tadi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN