Adib Tak Patah Hidung, Beri Kelegaan Buat Penang

Adib Raop selaku pemain baharu Penang musim ini disahkan tidak mengalami patah hidung dan kecederaan kritikal setelah sebelum itu beliau antara yang terbabit dalam insiden pergaduhan antara Penang dan Terengganu II di Kuala Terengganu.

Beliau yang sebelum itu ditumbuk pada bahagian muka sehingga menyebabkan pendarahan berlaku dilaporkan hanya mengalami kecederaan biasa dan kini dilaporkan sudah semakin pulih.

Perkhabaran tersebut dikongsikan Penang menerusi laman rasmi Facebook mereka semalam di mana pemeriksaan lanjut yang dibuat di Hospital Pulau Pinang menyatakan tiada kecederaan serius berlaku.

“Apa yang diperoleh melalui pemeriksaan tersebut adalah, Adib Raop hanya didapati mengalami kerosakan pada bahagian tulang rawan dan luka di bahagian dalam hidung.

“Luka berkenaan yang menjadi punca pendarahan tetapi keadaan itu sebenarnya masih dalam keadaan yang terkawal.

“Buat masa ini, Adib Raop sudah pun dinasihatkan oleh doktor untuk memakai topeng muka semasa menjalani latihan.

“Selain itu, dia masih memerlukan pemantauan rapi dengan beberapa bantuan ubat, bagi memastikan tiada lagi pendarahan semasa dalam proses penyembuhan luka tersebut.

“Sehubungan dengan itu, pihak Pengurusan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat semua penyokong setia Harimau Kumbang dan peminat-peminat Adib Raop dari negeri Perak yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan dan kesegaran sembuh beliau,” jelas kenyataan tersebut menerusi Harian Metro.

Bekas pemain tonggak berbakat Perak berusia 22 tahun itu sebelum ini mengalami pendarahan di hidung gara-gara cuba untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku antara kedua-dua pasukan tersebut pada aksi 4 Penjuru Piala MB Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Rabu lalu.

Dalam insiden itu, segalanya bermula selepas sepakan penalti diperolehi pasukan Harimau Kumbang yang diambil oleh kapten, Endrick Doa Santos gagal untuk disempurnakan pemain tersebut dan diraikan secara berlebihan oleh pasukan lawan.

Susulan itu, berlaku ketidakpuasan hati dalam kalangan pemain Penang dan terus mencetuskan pergaduhan dan aksi kejar-mengejar antara pemain sehingga memaksa anggota keselamatan dan pegawai perlawanan masuk ke dalam padang meleraikan insiden itu daripada berlarutan.

Kesannya, selain kecederaan yang menimpa Adib Raop, seorang lagi pemain yang mewakili Terengganu II turut mengalami kecederaan iaitu Ridzuan Razali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN