Adel Taarabt Buat Penampilan Pertama Skuad Utama Benfica Selepas 4 Tahun

Taarabt

Lebih daripada 1300 hari terpaksa ditunggu oleh seorang pemain bernama Adel Taarabt untuk beraksi. Nampaknya, nasib tidak berapa baik itu sudah berakhir.

Pemain berasal dari Maghribi itu pertama kali diturunkan dalam perlawanan Liga Portugal pada Sabtu (30 Mac) lalu. Taarabt bermain untuk skuad utama Benfica bagi menghadapi Tondela.

Dilupai?

Beliau membuat debut itu ketika hadir sebagai pemain gantian dalam perlawanan tersebut. Taarabt menggantikan rakan sepasukannya, Pizzi pada minit ke-71.

Taarabt berhijrah ke kelab utama Portugal itu setelah dikatakan menamatkan kontrak bersama Queens Park Rangers.

Pada Januari 2017, Taarabt dipinjamkan ke kelab Itali, Genoa selama 18 bulan. Beliau bersama kelab tersebut sehingga tamat musim lalu.

SEIXAL, PORTUGAL – FEBRUARY 24: Adel Taarabt ketika beraksi untuk skuad Benfica B pada Februari 2019 lalu. (Photo by Gualter Fatia/Getty Images)

Setelah pulang dari Itali, beliau telah diletakkan bersama skuad Benfica B. Dan beliau beberapa kali disenaraikan sebagai pemain untuk perlawanan divisyen kedua Portugal pada musim ini.

Langit yang cerah

Ketua jurulatih Benfica, Bruno Lage berpuas hati dengan kesungguhan Taarabt dalam sesi latihan. Lantas Lage menyenaraikan sebagai pemain di bangku simpanan untuk menghadapi Tondela.

Ketika ditemubual, Lage memberitahu bahawa sebenarnya beliau tidak mengenali Taarabt dan pernah mendengar kehebatan beliau di padang pada sebelum ini.

Lage mengakui beliau memberikan Taarabt peluang. Taarabt memanfaatkan debut bagi skuad utama Benfica dengan beberapa sentuhan bola.

Perlawanan antara Benfica menentang Tondela berakhir dengan keputusan 1-0. Gol tunggal Benfica dijaringkan oleh Haris Seferovic.

Semoga ada sinar buat Taarabt. Sebenarnya masih ada yang sayangkannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN