Adebayor memberitahu media, dalam arena bola sepak, Cristiano Ronaldo dan beliau berkawan baik walaupun hanya 6 bulan bermain bersama.
Adebayor kini bermain di kelab Turki, Basaksehir. Beliau berkata, beliau dan Ronaldo sentiasa berhubung menerusi telefon dan atas talian. Beliau berpendapat, karier terbaik beliau adalah di Real Madrid bukannya di Arsenal seperti yang dikatakan ramai pihak.
“Saya sentiasa berkata, walaupun bersama mereka (di Real Madrid) selama 6 bulan sahaja, tetapi itulah detik terbaik dalam karier saya. Saya akan beritahu pengalaman itu kepada anak saya.”
“Saya masih berhubung rapat dengan Ronaldo dan sentiasa menghantar mesej kepada satu sama lain.”
“Cris seorang yang komited dengan tugasan beliau, sentiasa menjadi orang terakhir balik daripada pusat latihan. Sentiasa banyak masa di gym.”
“Pada masa yang sama, beliau seorang yang sangat baik, sama juga macam Marcelo.”
“Ronaldo adalah rakan saya yang paling ceria. Sama juga macam Eboue ketika saya di Arsenal. Mereka selalu buat lawak, ketawa dan manusia yang hebat di atas padang mahupun di dalam kehidupan seharian.”
“Di atas padang, Ronaldo menikmati setiap detik. Dia seorang bintang. Berbeza dengan Marcelo, dia pemain yang boleh buat apa sahaja dengan bola di kaki dan salah seorang bek sisi terbaik di dunia.”
“Saya juga rapat dengan Sergio Ramos. Kami selalu berada di gym. Dia seorang yang sangat suka bercakap Bahasa Inggeris. Tetapi ketika itu saya kurang faham apa dia sebut. Saya yakin sekarang dia boleh berbahasa Inggeris lebih baik.”
“Saya membantu dia belajar Bahasa Inggeris, dia pula ajar saya Bahasa Sepanyol. Kebenarannya adalah, saya gembira bersama-sama dengan mereka. Segalanya berjalan dengan lancar.”
Adebayor tidak menolak kemungkinan akan kembali semula ke La Liga jika ada peluang. Beliau juga berharap akan dapat datang ke Bernabeu untuk menyaksikan Real Madrid.