Kisah indah Maghbiri di Piala Dunia 2022 akhirnya ternoktah setelah disekat pasukan pilihan Perancis di separuh akhir dengan kekalahan 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Al-Bayt.
Julien Pretot dalam penulisannya di Reuters menjelaskan bagaimana perancangan taktikal menjadi pemisah kepada keputusan yang menyaksikan skuad Les Blues mara ke perlawanan akhir untuk bertemu Argentina.
“Mike Tyson mengatakan setiap peninju mempunyai perancangan, sehinggalah mereka ditumbuk pada bahagian muka,” ujar Pretot mengungkap analogi kepada aksi tersebut.
“Itulah setepatnya yang berlaku kepada Maghribi apabila mereka ditendang keluar daripada Piala Dunia setelah tewas 2-0 kepadaPerancis di pertembungan separuh akhir.”
Crazy there are still people who don't rate Deschamps.
Is he a tactical innovator like Pep? Maybe not.
But coaching is at most 30% about tactics. And in every other "soft skill" he is absolute world-class.
If you want to bake a NATIONAL TEAM coach, Deschamps comes out.
#FRAMAR pic.twitter.com/PMzywgCj3g— Benue Voice 🕊 (@Aloo_Tordue) December 14, 2022
Maghribi muncul pasukan pertama dari benua Afrika yang mara ke pusingan empat pasukan terakhir selepas menampilkan kecemerlangan mereka di bahagian pertahanan dan mengekalkan pendekatan serangan balas pantas untuk menewaskan satu demi satu pasukan gergasi.
Namun pasukan Singa Atlas tersebut akhirnya merasa ‘ubat’ mereka sendiri apabila Perancis bermain dengan taktikal yang sama apabila berdepan mereka.
Selepas mendahului seawal minit kelima perlawanan menerusi Theo Hernandez, ia memaksa skuad kendalian Walid Regrarui tersebut mendominasi penguasaan bola, tidak seperti mana mereka bermain dalam aksi-aksi sebelum ini.
Nayef Aguerd dan kapten Romain Saiss yang tidak cergas 100 peratus, masing-masing diganti sebelum sepak mula dan awal separuh masa pertama, membuatkan Maghribi untuk mengubah perancangan daripada pelan B dan pelan C.
Maghribi mempamerkan aksi menyerang yang cukup rancak sehingga Hugo Lloris perlu bekerja keras untuk menyelamat beberapa percubaan termasuk menepis rembatan Azzedine Ounahi.
Morocco's World Cup dream ends as France set up Mbappe vs Messi final against Argentina
https://t.co/5nSGafyucu pic.twitter.com/5hdtvAbcsx— Irish Independent Sport (@IndoSport) December 14, 2022
Perancis juga sempat menguji gawang Maghribi menerusi Olivier Giroud yang hampir menambah jaringan apabila percubaannya terkena tiang.
Regragui dalam sidang media pada Selasa memuji Didier Deschamps sebagai jurulatih terbaik dunia dengan kepakaran taktikal yang mampu menyesuaikan gaya permainan pasukan mengikut lawan.
Namun apa yang Deschamps mungkin tidak menjangka Maghribi juga berupaya menukar taktik dan bermain mengikut situasi dan keperluan.
Dalam perlawanan sebelum ini, Belgium, Sepanyol dan Portugal gagal untuk menyerap corak permainan Maghribi, tetapi dalam aksi separuh akhir Perancis membuktikan mereka mampu mengatasinya.