Analisis Taktikal EPL 2016/17: Adaptasi Berkesan Oleh Chelsea Lumpuhkan City

Adaptasi berkesan Chelsea dalam perlawanan ini sangat baik. Pemain seperti Fabregas dan Azpilicueta juga sangat memberikan perbezaan berbanding perlawanan sebelum ini.

Adaptasi berkesan Chelsea yang kami maksudkan terlalu total. Dari segi kemampuan pemain mereka bermain dalam sistem serta kejayaan mereka menyerap sistem serangan City.

Pertukaran Conte

Kedua-dua pasukan menadapi cabaran dalam pemilihan kesebelasan utama. Victor Moses tidak dapat beraksi kerana kecederaan.

Conte memberikan posisi bek sayap kanan kepada pemain serba boleh mereka Azpilicueta. Ianya antara pertukaran kerana respon kepada kesilapan Conte ketika perlawanan menentang Palace.

Lihat arah serangan Palace dan kebocoran Pedro tempoh hari.

Conte ketika itu menurunkan Pedro sebagai bek sayap dan ternyata memakan diri. Kali ini Azpilicueta ternyata pilihan yang jauh lebih baik. Zouma mengambil alih posisi Azpilicueta di belakang.

Di tengah Conte menggandingkan Kante dan Fabregas. Ini lebih kepada habuan kepada Fabregas yang beraksi cemerlang ketika menentang Palace.

Jadi, di tengah, Kante akan lebih tinggi screening role berbanding dengan ketika bermain dengan Matic.

Susunan taktikal Pep Guardiola

Pep Guardiola tidak berani untuk menggunakan 4-1-4-1 dalam perlawanan ini. Beliau menggunakan double six dalam formasi 4-2-3-1.

Fabian Delph diberikan tempat permulaan (starting) buat pertama kali dalam kelab ini. Memberikan Navas posisi bek kanan sekali lagi selepas aksi cemerlang Navas sebagai bek kanan sandaran pada perlawanan sebeum ini.

Agak mengejutkan untuk menurunkan pemain kurang minit dalam perlawanan sebesar ini kerana di bangku simpanan mereka ada Fernandinho dan juga Yaya Toure yang cergas.

Silva beroperasi sebagai no.10 dalam peranan yang lebih semulajadi untuk beliau.

Kecairan Chelsea di final third

Guardiola kali ini jelas lebih menekankan aspek bertahan. Daripada sistem free attacking eights, mereka kali ini menggunakan method 6 defensive players ketika bertahan.

Chelsea pula pada awalnya dilihat akan bermasalah dengan pertahan di tengah kerana mereka ada Fabregas yang sebelum ini agak malas ketika bertahan.

Apa yang Chelsea lakukan adalah mereka cuba mengelakkan pertarungan di tengah (deepr line). Mereka akan cuba mengeluarkan (flush) bola dari kawasan tersebut secepat mungkin.

Lihat sentuhan bola kedua-dua pasukan. Chelsea jelas mengelakkan kawasan tengah.

Ternyata Chelsea tidak berminat dengan aktiviti menguasai perlawanan ataupun memegang bola terlalu lama di tengah.

Mereka tahu, kualiti mereka sangat kurang untuk aspek itu berbanding Chelsea.

Oleh itu, mereka akan terus menghantar bola segera ke atas. Di final third. Chelsea memiliki kecairan (fluiditi) yang sangat kuat.

Mereka mendapat kelebihan kerana City memberikan ruang yang terlalu selesa untuk Hazard dan Pedro di half space. City bertahan dalam zonal marking yang terlalu fokus kepada posisi bukannya space marking/kawalan ruang.

Lihat ruang yang Azpilicueta dan Hazard dapat ketika gol awal Chelsea ini. Ruang diberikan kepada Hazard terlalu besar.

Konflik dalam zonal marking yang ketara boleh anda lihat di bawah ini. Fluiditi Chelsea teserlah dengan pertukaran Hazard dan Pedro dalam 2 koridor.

Kelemahan City adalah pada Delph dan Fernandinho yang terlalu lemah untuk membantu pertahanan ketika Chelsea melepasi garisan mereka.

Manchester City tidak menambah nilai bola

Mereka memiliki lebih banyak penguasaan bola. Namun sangat lemah dalam produk akhir dan ancaman yang lebih berkesan. Chelsea defending the ball dengan sangat baik.

City adalah pasukan yang memerlukan banyak bola untuk membuat operasi akhir. Mereka dapat dah, tetapi indecisive.

Dalam perlawanan ini. Ini adalah statistik mereka pada separuh masa pertama. Manchester City ada 5 cubaan tepat daripada 9 cubaan gol. Cuba bandingkan dengan Chelsea termasuk aspek utama yang lain.

Mereka serba-serbi superior tetapi tidak berhasil.

Ini adalah separuh masa kedua.

Jelas Chelsea berjaya mengurangkan impak City di serangan dengan kurangnya cubaan gol. Lihat masalah Chelsea pada separuh masa kedua untuk mencipta peluang berbanding separuh masa pertama.

City terpaksa memilih untuk lebih aktif dengan hantaran silang. Namun pertahanan Chelsea terlalu bagus untuk berhadapan dengan pemain seperti Aguero, Silva, Sane ketika perlawanan terbuka.

City mengharapkan bola kedua tetapi mereka gagal untuk mendapatkannya. 27 hantaran silang dilepaskan City sepanjang perlawanan ini berbanding hanya 12 oleh Chelsea hanya.

Namun hanya 5 yang tepat kepada rakan. Ia ratio sangat rendah. City menjaringkan gol kerana kelemahan Courtois ketika menjadi asas binaan gerakan.

Ini bukan pertama kali. Walaupun Courtois penjaga gol yang hebat musim ini tetapi dari segi ball-playing dan aspek membuat keputusan ke atas bola untuk binaan, beliau lemah.

Rumusan

Adaptasi Conte antara sebab Chelsea menang. Beliau memberikan tumpuan untuk menyerap asakan City dan cuba memastikan output mereka tajam ketika ada peluang.

Mereka menumpukan aspek hantaran bola ke half-space. Pertukaran posisi yang kerap oleh Hazard-Pedro antara sebab utama kekuatan pasukan ini di bahagian serangan.

City mungkin pasukan yang lebih baik, tetapi Chelsea berjaya menghalang mereka dengan baik dalam perlawanan ini.

Keputusan untuk meletakkan Azpilicueta di kanan dan Zouma di bek tengah kanan adalah lebih baik berbanding dengan susunan taktikal sebelum ini.

Kedua-dua pasukan jelas ada isu dengan pertahanan dalam beberapa perlawanan ini. City dengan masalah zonal marking. Chelsea pula masalah dengan kesilapan pertahanan (defensive errors).

Ia perlawanan yang menghiburkan.

Pemain terbaik

Eden Hazard (Chelsea)

Baca juga: Khairul Helmi Johari: “Kami Tak Terganggu Dengan Isu Mengenai Jurulatih Kami”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN