Adama Traore Sapu ‘Baby Oil’, Shaharudin Abdullah Guna Minyak Silinder Motor

Adama Traore Wolves Shaharudin Abdullah Malaysia

Jika di luar negara, pemain sayap Wolves, Adama Traore telah menjadi tular kerana menggunakan minyak di tangannya bagi mengelak dirinya dirantai oleh lawan.

Di Malaysia, bekas penyerang skuad kebangsaan, Shaharudin Abdullah juga pernah menggunakan kaedah yang hampir sama, menggunakan minyak tetapi pada butnya. Apa yang dilakukannya membantunya menjadi pemain yang sangat lincah.

Untuk lindungi Adama Traore

Selepas mereka menewaskan Olympiakos 2-1 secara agregat dalam saingan Europa League 2019/20, sekeping gambar pegawai fisio Wolves sedang menyapu minyak bayi di seluruh tangan Adama Traore sebelum perlawanan telah menjadi tular.

Menurut laporan, ia adalah bagi melindungi pemain sayap lincah itu yang sentiasa menjadi sasaran pihak lawan bagi menyekat kemaraannya. Menurut jurucakap kelab, “Ia adalah sesuatu yang perlu kami lakukan untuk melindungi Adama.”

“Pertahanan lawan risau beliau akan terlepas daripada kawalan dengan kepantasannya dan adakalanya mereka akan ‘menangkap’ tangannya terlebih dahulu. Itu yang menyebabkan bahunya sentiasa terseliuh ketika perlawanan,” ujarnya lagi.

Sudah beberapa kali Adama Traore mengalami kecederaan di bahunya akibat perkara tersebut bermula pada Disember lalu ketika Wolves menentang Tottenham Hotspur. Selepas itu, sudah empat kali bahunya mengalami kecederaan yang sama.

Itu adalah petua bapa

Jika Wolves mahu melindungi Adama Traore daripada kecederaan, Shaharuddin Abdullah pula mengamalkan menyapu minyak silinder motor pada butnya setiap kali sebelum turun beraksi. Ia merupakan petua yang dikongsi oleh bapanya.

Bekas penyerang skuad Sukan Olimpik Munich 1972 itu mendedahkan petua itu adalah bagi membantunya dapat mengekalkan larian pantas dan kelincahannya walaupun keadaan padang yang basah. Ia menghalang air masuk ke dalam butnya.

Penyokong di era tersebut pastinya tidak akan pernah lupa kelincahan dan kepantasan larian bekas pemain yang digelar ‘The Black Cat’ itu pada satu masa dahulu.

“Saya meilhat ayah saya [Abdullah Mohd] menyapu minyak silinder motosikal pada kasut bolanya setiap kali sebelum masuk ke padang dan menyebabkan timbul minat ingin tahu mengapa dia berbuat demikian,” ujar bekas pemain Pulau Pinang itu.

Dua anaknya juga pemain bola sepak

Tambahnya lagi, “Akhirnya dia memberitahu saya petua untuk menyapu minyak silinder itu adalah untuk mengelak air masuk ke dalam kasut sehingga menyebabkan ianya menjadi berat dan menjejaskan prestasi larian di dalam padang.”

Petua itulah yang menjadi amalannya sehingga ke penghujung kariernya dan ternyata ianya membantu. Beliau beraksi dalam tiga dekad sejak tahun 1960 sehingga 1980 bersama pemain-pemain hebat seperti Ghani Minhat dan Mokhtar Dahari.

Selain beraksi di Sukan Olimpik Munich, beliau juga merupakan antara pemenang pingat gangsa di Sukan Asia 1974 serta tiga kali Pestabola Merdeka dan bersama Pulau Pinang, Shaharuddin Abdullah telah menjulang empat kali Piala Malaysia.

Dua anaknya kini merupakan pemain bola sepak iaitu penyerang Kuala Lumpur, Shafiq Shaharudin yang pernah bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan serta pemain sayap, Shahwan Shaharudin yang ketika ini masih bermain bersama JDT II.

Penutup

Setiap pemain ada petua yang diamalkan. Malah, anda pasti pernah mendengar petua lagenda bola sepak Brazil, Ronaldo yang berkata, “Saya akan mengadakan hubungan seks beberapa kali sebelum perlawanan. Ia membantu fokus anda.”

Kes Adama Troare dan Shaharudin Abdullah munggunakan minyak ini mungkin salah satu petua yang menjadi amalan mereka untuk membantu mereka beraksi lincah di padang. Bagaimana dengan anda pula? Kongsikan petua anda kepada kami.

KREDIT FEATURED IMAGE: AMA & Berita Harian

Baca lagi artikel mengenai Adama Traore dan Malaysia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN