Adakah Thomas Dooley Bawa Sistem Data Analisis Ke Sri Pahang?

Thomas Dooley Sri Pahang 2021

Pengendali baharu Sri Pahang FC, Thomas Dooley telah menggunakan sepenuhnya perisian atau sistem data analisis ketika bersama skuad kebangsaan Filipina.

Perisian dan sistem analisis ini telah membantu Thomas Dooley meningkatkan ranking Filipina. Ketika pelantikannya, The Azkals menduduki ranking ke-130 dunia dan ketika meninggalkan pasukan, mereka berada di ranking ke-115 dunia, peningkatan 15 anak tangga dalam tempoh empat tahun perkhidmatannya di Filipina.

Selepas membantu Filipina layak ke Piala Asia pertama mereka pada 2019, beliau tidak disambung kontrak pada Mac 2018 dan telah diganti oleh Terry Butcher.

Sebelum tiba di Sri Pahang

Thomas Dooley sukakan tugasan sebagai jurulatih kerana beliau boleh terlibat secara langsung dengan para pemain. Ini ditegaskannya dalam temu bual dengan The Star. Katanya, tarikan untuk turun ke padang membantu Pahang sukar untuk ditolaknya.

Ketika menerima panggilan ejennya di Malaysia, beliau sedang bertugas di Vietnam sebagai Pengarah Teknikal bersama kelab Viettel FC yang berjaya menjuarai V-League 2020 seterusnya telah layak ke saingan Champions League 2021 buat julung kali.

Katanya, “Selepas beberapa perbincangan dengan Datuk Sufian [Awang], saya berjaya mendapat ‘lampu hijau’ [tinggalkan Vietnam] dan selepas empat hari, saya sudah berada dalam penerbangan ke Kuala Lumpur. Penyokong yang hebat, pengurusan yang bagus dan organisasi yang hebat. Mudah buat saya untuk berkata setuju.”

“Saya cuma mahu buat orang gembira. Itu yang saya lakukan sebagai pemain, jurulatih dan Pengarah Teknikal,” ujarnya yang turut mahu orang akan mengingati jasanya dan mengenangnya selepas beliau meninggalkan pasukan tersebut nanti.

Teknologi analisis perlawanan

Dalam satu perkongsian gambar Thomas Dooley bersama pembantunya, Christophe Gamel, dapat dilihat mereka sedang membuat perbincangan dengan paparan di dua komputer riba menunjukkan satu aksi perlawanan melibatkan Pahang dan juga satu lagi kelihatan seakan-akan seperti satu aplikasi sistem – mungkin Match Analysis.

Adakah ia satu sistem yang bakal digunakan oleh Sri Pahang untuk musim hadapan? Semua tahu, pengendali berusia 59 tahun itu sukakan sistem analisis perlawanan dan beliau sebenarnya terlibat secara langsung dalam pembinaan sebuah aplikasi analisis perlawanan bernama, Match Analysis – yang digunakannya bersama The Azkals.

Bersama Filipina, menurut laporan Soccer Today, Thomas Dooley telah menggunakan data yang dikeluarkan oleh Mambo Studio dan Tango Online untuk analisis mendalam tentang prestasi pemain, pasukan dan juga menganalisa pasukan lawan.

Jadi, sistem yang kelihatan dalam gambar kedua-dua jurulatih Pahang itu merupakan sistem yang mana? Match Analysis, Mambo Studio atau Tango Online?

Match Analysis Thomas Dooley Filipina 2018
Sistem Match Analysis digunakan oleh Thomas Dooley. FOTO: SOCCER TODAY

Match Analysis, Mambo Studio dan Tango Online

Sebenarnya, ketiga-tiganya berhubung kait. Inilah teknologi yang dibawanya ke Filipina dan menurutnya, ia seperti mereka memiliki seorang jurulatih tambahan.

Komennya mengenai aplikasi itu, “Peralatan mereka [Match Analysis] sangat hebat dan mudah untuk digunakan oleh staf serta pemain. Ia menjadi aset penting kami dalam membuat analisa sebelum dan selepas perlawanan dengan lebih berkesan.”

“Tango Online sangat membantu para pemain mengenali lawan secara atas talian, 24 jam setiap hari. Mereka dapat mengenali lawan mereka dengan lebih baik dan dalam masa yang sama dapat kenal rakan sepasukan mereka,” terang Thomas Dooley.

https://www.instagram.com/p/CKtp__eDKWW/

Jelasnya mengenai Mambo Online, ia aplikasi suntingan video yang sangat mudah untuk digunakan. Ujarnya, “Ia membolehkan saya berkomunikasi dengan semua pemain dengan hanya menghantar suntingan tersebut ke telefon bimbit mereka. Saya juga boleh memasukkan mesej saya kepada pemain untuk fahamkan mereka.”

Tambahnya lagi, pemain hanya perlu memuat turun video tersebut menerusi aplikasi Tango ToGo di telefon bimbit mereka. Ujarnya, “Ia pantas dan berkesan.”

Match Analysis turut membantu pemain-pemain Filipina mendapat maklumat lebih baik mengenai lawan yang mereka bakal hadapi dan mengurangkan kesilapan selain membantu memperbaiki permainan secara individu serta aksi berpasukan.

Persoalan utama ketika ini, jika Thomas Dooley telah membawa bersamanya sistem analisis ini, adakah Pahang bersedia untuk menerimanya? Ia bukan kerja satu malam untuk melihat hasilnya, namun ia memerlukan kerjasama semua pihak dan tentunya akan mengambil sedikit masa sebelum segalanya mula membuahkan hasil.

KREDIT FEATURED IMAGE: INSTAGRAM THOMAS DOOLEY

Baca lagi artikel lain mengenai Thomas Dooley dan Sri Pahang:

‘Dibuang’ Lepas Bawa Filipina Ke Piala Asia – Siapa Bos Baharu Pahang, Thomas Dooley?

FIFA: Pahang Ada 45 Hari Untuk Bayar RM4.9 Juta Kepada Sumareh

5 Perkara Mengenai Sumareh Yang Masih Jadi Tanda Tanya Selepas FIFA Arah Pahang Bayar Tunggakan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN