Adakah Sudah Tiba Masa Lionel Messi Tinggalkan Barcelona?

Lionel Messi

Adakah masa gemilang akan berakhir selepas ini?

Masa depan Lionel Messi di Barcelona seakan tidak menentu selepas pemain tersebut masih lagi belum menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan tersebut.

Kontrak pemain tesebut akan tamat pada 2021 dengan dilaporkan Messi dijangka tidak mahu meneruskan legasinya bersama-sama pasukan La Liga tersebut.

Namun bagi pengurus Barcelona, Quique Setien mengatakan yang beliau tidak mempunyai sebarang idea mengenai situasi adakah benar Messi akan meninggalkan pasukan tersebut.

“Saya tidak akan melakukan sebaran spekulasi, saya tidak dengar apa-apa perkhabaran daripada Lionel Messi pun lagi.”

“Ini bukanlah berita yang saya ambil perhatian sangat, jadi saya tak ada nak komen apa-apa.”

Setien juga mengatakan ianya bukanlah tugasnya untuk melakukan sebarang spekulasi di atas situasi Messi.

Malah, Setien juga mengatakan yang beliau memahami situasi yang dihadapi Messi kerana barangkali pemain itu sudah mempunyai perancangan berbeza di dalam fikirannya.

Bagi bekas jurulatih Sepanyol dan pengendali Real Madrid, Vicente Del Bosque, beliau menjangkakan sinar La Liga bakal malap sekiranya Messi meninggalkan liga tersebut dan beraksi di tempat lain.

“Tanpa ragu [La Liga telah kehilangan banyak perkara selepas pemergian Cristiano Ronaldo]. Terutamanya dalam tempoh masa 10, 12 dan 14 tahun kebelakangan ini.”

“Bola sepak telah dikuasai secara individu oleh Messi dan Ronaldo, ianya cukup ketara.”

Messi sudah bersama Barcelona selama 20 tahun. Memenangi 34 gelaran utama bersama mereka.

Baca juga artikel kami mengenai Lionel Messi:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN