Adakah Prestasi Ismaheel Akinade Kini Terlalu ‘Tumpul’ Buat Terengganu?

Penyerang import baharu Terengganu, Ismaheel Akinade antara yang tidak terlepas sebenarnya daripada menjadi salah seorang pemain menerima kritikan segelintir peminat ekoran ketumpulannya di hadapan gawang gol.

Akinade menjadi rekrut baharu Terengganu yang sebenarnya membawa reputasi cukup baik selepas beraksi untuk Kelantan FC serta Kelantan Darul Naim (KDN) pada musim lalu selaku peledak berbisa.

Musim lalu sahaja menyaksikan pemain berusia 30 tahun ini berjaya menjaringkan 10 gol serta enam bantuan jaringan daripada 25 penampilan di pentas domestik.

Maka tidak hairan mengapa Sang Penyu menandatangani penyerang dari Nigeria itu untuk memperkukuhkan aspek serangan mereka pada saingan musim ini.

Walaupun begitu, sehingga empat perlawanan diharungi Akinade kini bersama Terengganu tidak begitu berjalan lancar apabila beliau hanya mampu merekodkan satu jaringan sahaja sehingga menimbulkan kritikan dalam kalangan penyokong di media sosial.

Persoalannya kini, adakah prestasi Akinade bersama Sang Penyu begitu teruk di atas padang selaku penyerang import?

Menurut pemain berketinggian 1.9 meter itu, beliau menafikan prestasi dirinya menjunam bersama Terengganu walaupun hanya meledak satu gol.

Sebaliknya, Akinade mengakui dirinya semakin meningkat daripada segi prestasi semasa bersama Sang Penyu musim ini dari masa ke semasa di atas padang.

“Prestasi saya setakat ini tidak begitu teruk sebagaimana anda saksikan, bagaimanapun persembahan itu bukanlah yang terbaik diperagakan oleh saya.

“Saya percaya dengan menyertai lebih banyak perlawanan dengan minit permainan bertambah terutama bersama pasukan baharu, corak permainan akan lebih meningkat daripada satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Selain itu kerjasama daripada rakan sepasukan selain tunjuk ajar barisan kejurulatihan mampu meningkatkan lagi motivasi saya untuk terus membantu pasukan memburu kemenangan.

“Pada masa sama juga saya harapkan mampu menambah lagi bilangan jaringan terutama berdepan Kuching City FC (KCFC) pada aksi Liga Super di tempat lawan pada Sabtu ini,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Tanpa kelibat Ivan Mamut yang masih menjalani pemulihan daripada kecederaan, pastinya ketajaman Akinade terus ditagih oleh Tomislav Steinbruckner untuk aksi seterusnya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN