Adakah PKNP FC Mampu Mencipta Debut Impian Dalam Piala Malaysia?

Siapa sangka yang mereka akan meletakkan jadual Piala Malaysia dalam kalendar pasukan mereka pada musim ini. Ianya selepas persembahan cemerlang mereka dalam saingan Liga Premier.

Tidak lupa juga kisah menarik mereka mara sehingga ke suku akhir Piala FA. Sepanjang laluan Piala FA musim ini mereka menyingkirkan pasukan Kelantan.

Walaupun tewas secara aggregate di tangan Kedah pada peringkat suku akhir, mereka tetap mencipta sejarah kelab dengan menewaskan pasukan Liga Super yang pertama dalam sejarah pasukan mereka.

PKNP menang 1-0 ke atas Kedah dalam suku akhir ke-2 Piala FA. Kedah kemudian mara ke final dan menjuarai Piala FA.

Pada hari ini, pasukan PKNP berada di tangga ke-3 di dalam Liga Premier. Mereka pastinya dalam persaingan untuk ke Liga Super musim hadapan apabila hanya dibezakan 4 mata daripada pendahulu liga, Negeri Sembilan.

Kisah indah PKNP FC

Kelab ini ditubuhkan pada 2015. Mereka menyertai Liga FAM dan berjaya memenangi promosi ke Liga Premier pada musim ini. Kelab yang berpangkalan di Perak ini antara pasukan yang paling mencuri tumpuan musim ini.

Peminat bola sepak Malaysia ramai yang secara tidak langsung mengikuti perkembangan mereka. Ini kerana peminat ingin tahu, apa cerita mereka selepas ini dari minggu ke minggu.

Setakat ini mereka tidak menghampakan ‘pengikut’ kisah mereka. Satu persatu kejutan yang mereka lakukan musim ini. 3 pemain tumpuan pilihan kami kali ini adalah:

1. Ritus Krjauklis

Pemain yang memiliki 22 kaps dengan Latvia ini menjadi jantung kepada pertahanan PKNP FC musim ini. Beraksi di bek tengah.

Beliau antara punca kenapa PKNP mampu berada di tangga ke-3 Liga Premier musim ini dengan 22 gol sahaja selepas 14 perlawanan. PNKP menjadi pasukan ke-3 paling kebal di Liga Premier selepas 14 perlawanan.

Hanya Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur memiliki rekod pertahanan lebih baik daripada mereka.

2. Hafiz Ramdan

Pemain yang menyertai PKNP FC dari pasukan Perak dalam jendela perpindahan yang lalu. Kehadiran beliau diharap dapat membantu PKNP untuk menjadi lebih kuat di barisan serangan.

Pemain ini adalah pemain sayap yang mampu menyumbangkan kreativiti beliau ke dalam pasukan ini.

3. Shahrel Fikri

PKNP Fc player Muhammad Shahrel Fikri/ Photo by Zulfachri Zulkifli/ www.asiana.my

Pemain ini sudah menjaringkan 6 gol dalam saingan Liga Premier. Pemain ini kerap menjadi pengubah perlawanan (game changer). Pemain yang masih muda dan merupakan prospek yang sudah mulai diintai oleh beberapa pasukan Liga Super.

Sebelum wisel

Ramai menganggap PKNP pasukan yang hadir ke dalam Piala Malaysia ini dengan tekanan yang rendah. Sikap mereka yang sentiasa menjadikan perlawanan sebagai pasukan ‘under-dog’ sedikit memberikan kelebihan mental kepada mereka.

Secara taktikalnya, PKNP adalah berasaskan permainan berpasukan dan cuba kekal dalam formasi sebaik mungkin untuk 90 minit.

Perlawanan pertama Piala Malaysia ini penting untuk T-Team bagi mengembalikan semula semangat mereka selepas tewas dalam perlawanan hujung minggu lalu. Manakala PKNP masih segar dengan kejayaan menundukan Uitm FC di Ipoh.

Namun, tidak pasti sama ada PKNP akan mengambil serius dalam kempen Piala Malaysia musim ini. Mereka mungkin meletakkan keutamaan untuk mara ke Liga Super musim hadapan.

T-Team antara pasukan yang memiliki serangan yang baik tetapi pada masa yang sama agak rapuh di bahagian pertahanan.

Mungkin perlawanan pertama ini, T-Team tidak perlu meletakkan pilihan keutamaan kepada Piala Malaysia atau kekal di Liga Super.

Jadi, prestasi mereka dalam beberapa perlawanan Liga Super selepas ini akan menentukan komitmen mereka untuk Piala Malaysia.

PKNP memiliki rekod yang kurang baik di tempat lawan. Pada awal musim mereka cemerlang dengan 2 kemenangan berturut-turut di Perlis dan Terengganu.

Selepas itu mereka hanya menang sekali dalam 5 kunjungan terakhir mereka ke tempat lawan. Namun, pencapaian menundukkan pasukan Terengganu pada 21 Februari lalu boleh dijadikan motivasi berguna.

Mampukan PKNP melakar kemenangan pertama dalam debut mereka di Piala Malaysia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN