Adakah Penang Berhasrat Dapatkan Jurulatih Baharu Musim Depan?

Saingan Liga Super 2023 telah pun tamat semalam, dan Penang menjadi antara salah satu pasukan menjadi tumpuan untuk musim ini menerusi prestasi dicatat mereka.

Pada awal musim, segalanya tampak berjalan lancar buat Harimau Kumbang daripada segi persiapan dilakukan mereka menerusi ramai muka-muka baharu ditandatangani pasukan tersebut.

Malah Penang juga seolah memberi gambaran kepada ramai peminat seolah mereka pada tahun ini bersedia untuk memberi tentangan besar buat ramai apabila muncuk selaku juara Piala Harapan pada aksi pra musim.

Namun, segalanya tampak serba tidak menjadi selepas pada awal musim mereka gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lima perlawanan Liga Super.

Musim ini mereka menamatkan cabaran Liga Super di kedudukan ke-10 selepas mereka mengumpul 24 mata keseluruhan hasil enam kemenangan dan seri, serta 14 kekalahan.

Malah, perlawanan terakhir mereka juga dihiasi dengan siri kekalahan terbesar 0-8 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama aksi cukup tidak menyakinkan.

Pasukan tersebut turut membuat rombakan sebenarnya sebelum persaingan Liga Super 2023 tamat dengan khidmat Chong Yee Fatt serta Manzoor Azwira direhatkan daripada memegang jawatan kejurulatihan untuk digantikan kepada Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Namun untuk saingan musim hadapan, Akmal menyatakan beliau masih belum menerima sebarang tawaran daripada pihak pengurusan untuk mengendalikan skuad utama Penang.

Untuk rekod, Akmal dilaporkan masih memiliki kontrak bersama kelab itu selama setahun dan beliau menyerahkan segalanya kepada pengurusan sama ada untuk terus mengendalikan skuad utama Penang atau kembali sertai pasukan bawah 23 (B-23).

“Ketika ini pihak pengurusan Penang FC belum buat keputusan sama ada saya kekal atau ada jurulatih lain akan ambil alih tugas sebagai ketua jurulatih, tetapi jika ada rezeki dan kepercayaan diberikan kepada saya, saya pasti akan melakukan banyak perubahan dan memperbaiki kelemahan di bahagian tertentu.

“Saya bertekad akan mengubah bola sepak Penang FC sekiranya diberikan tanggungjawab menerajui pasukan untuk musim depan menjadi pasukan yang jauh lebih baik daripada apa yang dihadapi dalam tiga musim kebelakangan ini.

“Alhamdulillah, dalam tiga perlawanan terakhir ini, kita berjaya mengutip empat mata dan pada perlawanan ini semua pihak pengurusan dapat lihat sendiri banyak yang perlu kita lakukan untuk menyediakan pasukan di musim depan jika kita mahu tergolong dalam kelompok empat atau enam pasukan terbaik.

“Tapi jika pengurusan berhasrat untuk membawa ketua jurulatih baharu, saya bersedia untuk bekerjasama dengan berbekalkan pengalaman sebagai bekas pemain dan pembantu jurulatih sebelum. Saya tidak kisah di mana akan ditempatkan, saya akan berkerja untuk menaik taraf bola sepak Penang FC,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Menerusi situasi semasa kini, berkemungkinan juga Penang sebenarnya dalam usaha untuk cuba mendapatkan jurulatih baharu jika khidmat Akmal tidak lagi diperlukan skuad utama mereka.

Selepas beberapa musim sepi tanpa rekod positif dalam saingan domestik, adalah wajar untuk pasukan tersebut membuat rombakan baharu di posisi kejurulatihan.

Namun, Akmal sendiri dilihat sangat layak untuk berada di posisi kejurulatihan utama itu, dengan syarat beliau perlu diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengendalikan Penang pada saingan musim hadapan.

Pandangan anda?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN