Manchester United telah memuktamadkan pembelian Jadon Sancho dari Borussia Dortmund dengan perpindahan bernilai £73 juta (RM424.2 juta) dan mengikat pemain berusia 21 tahun itu dengan kontrak selama lima tahun.
Pemain antarabangsa England itu menjadi pemain kedua yang dibawa masuk oleh Ole Gunnar Solskjaer dalam jendela perpindahan musim panas ini selepas penjaga gol Tom Heaton.
Ia pastinya menjadi berita yang ditunggu-tunggu buat penyokong The Red Devils yang akhirnya dapat menamatkan spekulasi yang telah berlegar selama ini.
This is his home.
This is where he belongs.Jadon Sancho is 𝗨𝗡𝗜𝗧𝗘𝗗.#MUFC x @Sanchooo10 pic.twitter.com/LAIBn7ie7V
— Manchester United (@ManUtd) July 23, 2021
Greenwood bakal ‘hilang’?
Namun timbul persoalan, adakah ketibaan Sancho di Old Trafford ini akan menjejaskan perkembangan bintang muda yang sedang meningkat naik iaitu Mason Greenwood.
Penyokong United tentunya masih ingat dengan Adnan Januzaj, Danny Welbeck, Federico Macheda dan James Wilson yang begitu menyerlah di peringkat awal kemunculan atau di musim pertama di peringkat senior, tetapi kemudiannya ‘hilang ditelan arus’ tidak lama kemudian.
Mungkin ada segelintir pihak yang berpendapat kehadiran Jadon Sancho akan membantutkan perkembangan Greenwood memandangkan kedua-dua pemain tersebut beraksi di posisi dominan yang sama, iaitu sayap kanan. Tetapi terdapat pandangan lain yang mengatakan sebaliknya.
Jika kita masih ingat, apakah yang menyebabkan pemain-pemain yang disebut di atas gagal mencapai tahap yang diharapkan? Kebanyakannya berpendapat salah satu faktor utama adalah tekanan psikilogi.
We Have #Sancho, #Greenwood, #Amad & #Pellistri The Future Looks Bright 😏 #MUFC pic.twitter.com/OMo1QKAeGU
— MUFC Art 🎨 (@MUFCArt) July 18, 2021
Apabila beraksi bersama pasukan paling popular di dunia, orang ramai akan mula membandingkan mereka dengan pemain-pemain berkelas dunia yang telah mencipta nama di United seperti Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Paul Scholes dan sebagainya.
Memahami emosi dan psikologi pemain
Karier Greenwood yang memuncak pada musim pertamanya perlu ‘dilindingi’ supaya beliau tidak tertekan dengan harapan dan jangkaan orang ramai sehingga menimbulkan risiko menjadi subjek kritikan dan kutukan sekiranya tidak beraksi seperti yang diharapkan.
Walaupun menjadi perkara normal untuk seorang pemain muda untuk melakukan kesilapan memandangkan mereka masih dalam proses pembelajaran, segelintir penyokong tidak peduli dengan perkara itu kerana mereka hanya mahu yang terbaik daripada pemain.
Dengan adanya Sancho bersama pasukan, beban yang dipikul oleh pemain yang masih ‘mentah’ seperti Greenwood tentu sangat membantu. Solskjaer juga sudah tentu menjadi jurulatih paling gembira kerana mempunyai barisan pemain serangan yang cukup lengkap.
Tumpuan tidak berlegar hanya kepada dua pemain ini. Polisi United yang mahu mengumpul pemain remaja berbakat dari seluruh dunia tenyata amat membantu perkembangan serta masa depan kelab.
Mereka juga mempunyai pemain muda seperti Daniel James, Amad Diallo, Facundo Pellistri dan Shola Shoretire. Semua pemain ini mempunyai kelebihan yang boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi menambah kekuatan di bahagian serangan.
Penutup
Boleh jadi Solskjaer sudah mempunyai perancangan untuk menurunkan kedua-dua Sancho dan Greenwood dalam kesebelasan utama United.
Pihak pengurusan kelab juga kini dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya dua orang lagi pemain baharu di posisi penyerang dan pertahanan tengah.
Ia jelas menunjukkan kelab tersebut begitu serius untuk merampas kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang kali terakhir dimenangi pada 2013.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:
Manchester United Kini Sedia ‘Sailang’ Ruben Neves Dari Arsenal
Raphael Guerreiro: Jadon Sancho Boleh Jadi Sehebat Cristiano Ronaldo
Rio Ferdinand Hanya Ada Satu Perkataan Untuk Menggambarkan Mason Greenwood