Adakah Pemain Baharu Termasuk Messi Mampu Berikan PSG Mahkota Eropah?

Messi PSG

Pastinya menarik untuk kita melihat Lionel Messi akhirnya menyarung jersi selain Barcelona buat kali pertama selepas beliau menurunkan tandatangan bagi menyertai Paris Saint-Germain (PSG) pada musim ini.

Dengan penyertaan pemenang enam kali anugerah Ballon d’Or itu, maka sudah pasti tumpuan semua pemerhati dan peminat bola sepak terarah kepada PSG yang masih tercari-cari trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pertamanya.

Walaupun dikenali sebuah kelab yang kaya dan mewah, namun musim ini kelab Ligue 1 itu dianggap berjaya melaksanakan urusan perpindahan dengan cukup bijak kerana berjaya mendapatkan pemain-pemain berprofil tinggi tanpa perlu berbelanja besar.

PSG berhasil membawa masuk dua bekas kapten dari dua kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Eropah iaitu Messi dari Barcelona dan Sergio Ramos dari Real Madrid, ianya adalah secara percuma sebagai ejen bebas.

Selain itu, mereka juga tidak perlu membayar yuran perpindahan untuk menyambar kapten Belanda, Giorginio Wijnaldum dari Liverpool dan wira Itali di kejohanan Euro 2020, Gianluigi Donnarumma dari AC Milan.

Satu-satunya pemain yang dibeli adalah Achraf Hakimi yang dianggap pemain bek kanan yang dianggap sebagai pemain bek kanan terbaik dunia ketika ini di mana PSG telah membelanjakan €60 untuk mendapatkannya dari Inter Milan.

Penjaga gol

Sebelum ini pernah dilaporkan PSG mempunyai sembilan orang panjaga gol dalam skuad utama. Namun selepas membuat rombakan, yang akan menjadi muka penting dalam skuad ini adalah Donnarumma, Keylor Navas dan Sergio Rico.

9 Penjaga Gol Di PSG, Donnarumma Bakal Dipinjamkan Ke Kelab Lain?

Reputasi Navas tidak perlu dipersoalkan lagi selepas beliau muncul sebagai penjaga gol elit di Eropah terutamanya ketika membantu Real Madrid meraih deretan gelaran termasuk Liga Juara-Juara Eropah.

Sergio Rico pula pernah membantu Seville menjuarai Liga Europa (UEL) dua kali berturut-turut. Walaupun jarang-jarang beraksi, namun beliau masih diperlukan sebagai penjaga gol sokongan.

Namun kemungkinan besar posisi nombor satu akan dipegang oleh Donnarumma yang dianggap sebagai penjaga gol terbaik dunia ketika ini terutamanya selepas kejayaannya bersama skuad kebangsaan Itali tempoh hari.

Pertahanan

Kehilangan seorang jeneral seperti Thiago Silva pada musim lalu jelas memberi kesan yang besar kepada pertahanan PSG.

Walaupun memiliki barisan pemain seperti Marquinhos, Presnel Kimpembe dan Abdou Diallo, ia gagal untuk memperlihatkan pertahanan PSG sebagai tembok kebal yang sukar ditembusi.

Kehadiran pemain berpengalaman seperti Sergio Ramos pastinya satu nilai tambah yang amat diperlukan oleh kelab Perancis itu agar gawang mereka tidak lagi terlalu mudah untuk dibolosi dalam perlawanan-perlawanan penting.

Kemudian pasukan itu juga sudah mendapatkan Hakimi yang menepati kehendak corak permainan bola sepak moden. Ia akan menjadi satu penambahan yang cukup ampuh untuk memastikan PSG tidak lagi terlepas kejuaraan domestik seperti musim lalu.

Tengah

Kualiti yang dimiliki oleh Marco Verratti, Ander Herrera, Leandro Paredes dan Danilo Pereira sudah jelas menunjukkan kekuatan bahagian tengah PSG.

Kini mereka diperkuatkan pula dengan pengalaman Wijnaldum yang menjadi tunjang utama kekuatan Liverpool untuk beberapa musim yang lalu.

Penyerang

Akhirnya Messi dan Neymar telah disatukan kembali di PSG. Walaupun beberapa pihak mungkin meragui kemampuan mereka untuk mencipta impak disebabkan faktor usia, namun jangan sama sekali memandang rendah kepada elemen pengalaman.

Kehadiran Messi dikatakan menjadi sebab utama untuk Kylian Mbappe membatalkan hasratnya untuk berhijrah ke Real Madrid walaupun kontraknya berbaki kurang setahun sahaja lagi.

Maka kita akan menyaksikan gandingan trio baharu Messi-Neymar-Mbappe (MNM) yang bakal menggegar Eropah pada musim ini.

Sebagai sokongan, PSG turut memiliki pemain-pemain hebat seperti Angel di Maria, Pablo Sarabia, Julian Draxler dan Mauro Icardi yang sedia untuk memberikan aksi terbaik apabila diturunkan.

Penutup

Melihat kepada perkembangan kelab-kelab elit di Eropah yang lain ketika ini, kelihatan seperti PSG mempunyai banyak kelebihan untuk menguasai kejuaraan Eropah pada musim ini.

Gabungan Messi, Ramos dan Wijnaldum sendiri pun telah menghasilkan kejuaraan UCL pada 2006, 2009, 2011, 2014, 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019.

https://twitter.com/Shafaqut94/status/1425118223343788032?s=20

Walaupun usia mereka masing-masing sudah menjengah angka 30-an, kualiti yang mereka miliki sudah terbukti masih berada pada tahap terbaik, berdasarkan aksi dan persembahan mereka pada musim alu.

Maka, musim ini atau mungkin musim depan PSG seharusnya tidak lagi mempunyai alasan untuk muncul juara UCL buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN