Adakah Park Hang-seo Calon Terbaik Untuk Kemudi Harimau Malaya?

Kebelakangan ini, nama Park Hang-seo riuh diperkatakan dalam kalangan peminat setelah beliau dilaporkan berada dalam senarai terbaharu selaku calon jurulatih utama Harimau Malaya.

Untuk rekod, Park merupakan salah satu individu cukup berpengaruh di Asia Tenggara dalam dunia bola sepak, selepas kejayaannya memastikan Vietnam menjadi antara kuasa besar bola sepak.

Perubahan dilakukan beliau bersama Vietnam juga menyaksikan ramai pemain-pemain tempatan negara itu berkembang positif serta dikenali ramai.

Maka, tidak salah untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan nama beliau selaku calon jurulatih baharu skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Walaupun begitu, timbul sedikit pertikaian mengenai status jurulatih baharu Harimau Malaya dengan ada pendapat mencadangkan supaya posisi itu diberikan kepada tenaga tempatan.

Menurut Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim selaku pemerhati bola sepak negara, beliau berpendapat supaya jurulatih tempatan perlu diberi peluang kembali untuk mengendalikan skuad Malaysia selepas ia dilakukan kali terakhir oleh Tan Cheng Hoe.

Jelas Zulakbal, sentuhan jurulatih tempatan juga sebenarnya dapat berkembang dengan baik sekiranya mereka mendapat sokongan penuh oleh FAM.

“Saya menghormati pandangan FAM yang ingin berikan yang terbaik untuk pasukan Harimau Malaya tetapi saya juga fikir kalau ambil Hang Seo, dia bukanlah jurulatih yang terbaik, dia sudah keluar dari pasukan itu.

“Sebab itulah saya fikir kita patut beri peluang pada jurulatih tempatan. Elok tak elok, bagus tak bagus, kita sendiri yang melatihnya.

“Sekarang ini, sudah dua kali FAM dan AFC membuat Pro Diploma, jadi mana pergi semua jurulatih ini di Malaysia?

“Jadi kita ada jurulatih tempatan yang berada dalam kalangan terbaik dan FAM perlu terus beri sokongan supaya jurulatih ini dapat tunjukkan yang lebih baik,” kata beliau menerusi perkongsian Berita Harian.

Pada masa sama, Zulakbal juga turut mengakui kejayaan skuad kebangsaan juga akan menjadi lebih manis jika ia dikendalikan oleh tenaga tempatan berbanding luar.

“Memang kita boleh ambil jurulatih luar tetapi kita harus ingat, ini adalah pasukan negara dan bukan pasukan kelab. Jika kita menang sekalipun, ada orang akan berkata ini (pasukan berjaya) kerana jurulatih asing.

“Menang dengan jurulatih tempatan akan jadi lebih bermakna jadi sebab itulah kita harus beri peluang kepada mereka,” kata beliau akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN