Kim Pan-gon mendedahkan yang beliau pada ketika ini berdepan kesukaran untuk membuat penilaian terhadap pemain-pemain Malaysia yang bermain di luar negara.
Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu sehingga kini masih belum melakukan tinjaun bakat atau scouting di luar negara kerana berdepan dengan beberapa kekangan.
Untuk rekod terdapat beberapa pemain berdarah Malaysia yang kini beraksi di luar negara yang berpotensi untuk dipanggil mewakili Harimau Malaya.
Antaranya adalah duo Wan Kamal bersaudara iaitu Wan Kuzain dan Wan Kuzri yang berkelana di Amerika Syarikat.
Selain Kuzain dan Kuzri, terdapat seorang pemain muda bernama Omar Raiyan yang bersama-sama kelab gergasi Serbia – Red Star Belgrade.
EKSKLUSIF: Omar Raiyan Pasang Impian Mahu Beraksi Di Premier League https://t.co/7QXf4xVHQm pic.twitter.com/Xs32tFbvZl
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 21, 2020
Beliau pada ketika ini lebih mengkhususkan untuk lebih memberikan tumpuan kepada pemain-pemain yang beraksi dalam saingan domestik.
Ketika sesi sidang media menjelang aksi perlawanan persahabatan Tier 1 bertemu Brunei, Pan-gon telah menjawab persoalan tersebut kepada Semuanya BOLA.
“Adakah coach Kim ada buat scouting untuk pemain negara yang bermain di luar negara seperti Wan Kuzain dan Omar Raiyan Kama Azlan?” soal wakil kami iaitu Shikh Saiful Rizal.
Soal kami itu kemudiannya dijawab oleh jurualtih berusia 53 tahun itu.
“Ketika ini agak sukar untuk (kami) menilai pemain di luar negara, dan pada ketika ini kami tumpu kepada menilai pemain dalam negara sahaja,” jelas pengurus dari Korea Selatan itu.
Pan-gon Tak Janji Menang Sentiasa Tapi Sanggup Berikan Jiwa & Raga Untuk Malaysiahttps://t.co/Y9LnX5USa9
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 26, 2022
Walau bagaimanapun, bagi pemain-pemain negara yang beraksi di luar negara tetapi sudah beraksi bersama Harimau Malaya seperti Dion Cools, Junior Eldstal dan Liridon Krasniqi mereka tetap dipanggil untuk sertai kem negara kali ini oleh Pan-gon.
Pan-gon turut mendedahkan yang beliau bersama barisan kejurulatihannya telah menilai sekitar 80 pemain sebelum memutuskan untuk memanggil 30 nama untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan kali ini.
🗣️ : Kim Pan-Gon (Ketua Jurulatih #HarimauMalaya) | “Saya teruja untuk menghadapi perlawanan esok. Selepas seminggu bersama pemain, saya berpuas hati & bangga dengan pemain saya.” #MASvBRU #ACQ2023 #AsianQualifiers #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/bXL3VMHQ3a
— Team Malaysia (@TeamMsia) May 26, 2022