Adakah Page Bola Sepak Malaysia Ini Tidak Sedar Mereka Mempromosi Syarikat Judi?

Page Bola Sepak Syarikat Judi

Selepas membuat pendedahan mengenai sebuah laman web bola sepak yang menggunakan nama syarikat judi, Semuanya BOLA menemui satu lagi perkara yang agak mengejutkan .

Sebuah page bola sepak terkemuka negara didapati menjadi pihak yang bertanggungjawab melakukan kerjasama dan mempromosikan laman web tersebut menggunakan pelbagai platform di media sosial.

Antaranya adalah dengan memasukkan artikel atau berita bola sepak tempatan dan antarabangsa dari laman web berkenaan ke dalam hantaran-hantaran mereka.

Antara artikel dan berita yang dimasukkan ke page

Selain itu page berkenaan turut menganjurkan pertandingan atau ‘contest’ seperti teka skor dengan menawarkan hadiah yang diakui ditaja oleh syarikat judi tersebut untuk diberikan kepada para pemenang.

Pertandingan teka skor yang dianjurkan dengan meletakkan syarat untuk ‘like’ page bola sepak menggunakan nama syarikat judi berkenaan

Diharapkan ada jawapan balas dari pihak terbabit untuk menjawab perkara ini kerana ianya melibatkan hukum yang jelas bagi umat Islam untuk tidak sesekali terlibat atau terpalit dengan industri perjudian.

Agak mustahil untuk menjalinkan kerjasama tanpa memeriksa terlebih dahulu latar belakang syarikat tersebut dan kemudian memberikan hadiah kepada pemenang yang ditaja oleh syarikat perjudian.

Menganjurkan pertandingan dengan memberikan hadiah yang ditaja oleh syarikat judi untuk diberikan kepada pemenang

Berdasarkan semakan Semuanya BOLA, laman web tersebut masih boleh diakses seperti biasa oleh pengguna.

Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak berkenaan seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

Jelas bahawa laman web bola sepak tersebut mempunyai pautan secara terus untuk pengguna masuk ke sebuah laman web perjudian dalam talian.

Jangan sesekali kita benarkan unsur-unsur perjudian menjadi ‘perkara normal’ dan meresap masuk secara perlahan-lahan ke dalam komuniti bola sepak negara kita.

Baca juga artikel berkaitan:

Bukan Iklan Raya Sahaja, Syarikat Judi Juga Sudah Ada Laman Web & Rancangan Bola Sepak Di Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN