Adakah Oliver Buff Mampu Ulangi Sentuhan Impresif Berdepan Terengganu?

Oliver Buff Selangor Pahang 2021 next Terengganu
FOTO: SELANGOR FC

Bakal berdepan cabaran Terengganu FC, adakah Selangor FC dan Oliver Buff mampu ulangi sentuhan impresif mereka dalam aksi pertama Liga Super 2021?

Selangor akan turun menentang pasukan yang meraih kedudukan ketiga Liga Super musim lalu, Terengganu di Gong Badak pada malam ini dengan moral yang baik dan kecemerlangan Oliver Buff menjadi ‘brag talk’ penyokong The Red Giants ketika ini.

Oliver Buff meledak dua gol ketika menundukkan seteru lama mereka, Sri Pahang FC 3-1 di Stadium MBPJ pada Sabtu. Aksi buruknya ketika perlawanan pra-musim berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City) telah segera dilupakan oleh para penyokong.

Dalam aksi persahabatan berdepan KL City yang merupakan musuh Lembah Klang mereka, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan dan aksi Oliver Buff terutamanya menjadi perdebatan hangat, adakah beliau cukup bagus?

Tidak pasti adakah pengendali Karsten Neitzel ada mengubah peranannya malam itu disebabkan kecederaan yang dialami kapten, Brendan Gan, persembahan megah Oliver Buff pada malam itu, kembali meyakinkan para penyokong, beliau pemain yang terbaik.

Merujuk statistik yang dikeluarkan oleh wartawan Astro Arena, Keesh Sundrasen atau Mat Stats, ia debut yang akan diingati oleh Oliver Buff dan penyokong. Beliau membuat 28 hantaran, tiga percubaan tepat dan dua gol dengan 79 peratus hantaran tepat.

Menurut Neitzel, aksi baik Oliver Buff bukanlah semata-mata kerana dirinya, ia adalah hasil kerja berpasukan. Katanya, “Ollie [Oliver Buff] menjaringkan dua gol dan bermain dengan baik, tetapi pemain-pemain lain juga telah beraksi dengan baik.”

“Tidak mudah untuk memilih siapa yang bermain lebih baik namun, apa yang penting bagi saya adalah para penyokong dapat melihat kami adalah pasukan yang bagus. Pada saya, itu yang paling penting,” tegas Neitzel mengenai aksi pasukannya.

Tambah pengendali kelahiran Jerman itu lagi, “Sebagai jurulatih, saya mahu setiap pemain memainkan peranan mereka. Kami mahu kekal kuat dan bersatu hati selalu.

“Dayo [Ifedayo Olusegun] yang merupakan pemenang Kasut Emas musim lalu misalnya, boleh menghasilkan gol, tetapi peluang itu telah diberikannya kepada Aliff dan kemudian Ollie,” jelas Neitzel lanjut mengenai persembahan pasukannya.

Dan ini menambah keyakinannya dan juga para pemain yang mereka mampu untuk memberikan aksi lebih bertenaga ketika berdepan Terengganu, malam ini.

KREDIT FEATURED IMAGE: SELANGOR FC

Baca lagi artikel mengenai Oliver Buff dan Selangor FC:

Pendapat & Komen (1)

Tulis Balasan atau Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *