Adakah Liga Malaysia 2018 Akan Ditangguhkan Lagi Kerana PRU-14?

Rakyat kita sudah menghitung hari bilakah tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Ianya akan dimulai dengan tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, penamaan calon, serta tempoh berkempen sebelum tarikh penentuan sebenar tiba.

Kami pasti ramai dari kalangan kita sudah mempunyai perancangan khas semasa musim pilihan raya nanti.

Bolehkah perlawanan Liga Malaysia  bola dianjurkan semasa tempoh ‘demam’ pilihan raya?

Kita ikuti sejarah pilhan raya umum dan penganjuran perlawanan bola sepak domestik yang lalu.

PRU Ke-10 (1999)

Selain menjadi pilihan raya umum terakhir Malaysia dalam abad ke-20, ia juga menjadi pilihan raya umum terakhir buat Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri.

Pembubaran Parlimen: 10 November 1999
Hari Penamaan Calon: 20 November 1999
Hari Pengundian: 29 November 1999

Brunei memenangi Piala Malaysia pada 1999. Sumber: MCari.

Ketika kempen pilihan raya tahun 1999 sedang rancak, demam Piala Malaysia juga sedang memasuki peringkat separuh akhir.

Empat perlawanan membabitkan saingan peringkat separuh akhir diadalakan secara timbal balik.

Brunei menewaskan Negeri Sembilan di Bandar Sri Begawan pada 21 November dengan 3 gol tanpa balas, sebelum tewas dalam perlawanan di Paroi pada 27 November.

Ini melayakkan Brunei ke perlawanan akhir dengan kelebihan agregat 4-3.

Pada 23 November pula, Sarawak terikat 1-1 dengan Terengganu. Dalam perlawanan kedua pada 27 November, Sarawak menang 2-0 ke atas Terengganu  sekaligus menjadikan agregat 3-1.

Brunei menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama (dan terakhir) selepas menewaskan Sarawak di Stadium Merdeka pada 4 Disember 1999, seminggu selepas kerajaan baharu dibentuk.

PRU Ke-11 (2004)

Buat kali pertamanya Tun Abdullah Ahmad Badawi (ketika itu Dato’ Seri) berhadapan Pilihan Raya Umum sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Selain itu, pilihan raya bagi negeri Sabah turut diadakan serentak pada ketika itu.

Pembubaran Parlimen: 4 Mac 2004
Hari penamaan calon: 13 Mac 2004.
Hari pengundian: 22 Mac 2004.

Pada tahun 2004, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memperkenalkan Liga Super buat pertama kalinya. Beberapa perlawanan Liga Super telah dijadualkan pada 6 Mac.

Tiada pindaan jadual dibuat, memandangkan ia tidak jatuh di dalam tempoh kempen atau tarikh pilihan raya.

Pemain Perak, Liew Kit Kong beraksi untuk Perak pada perlawanan tersebut. Sumber: The Star.

Satu perlawanan yang mencuri tumpuan ialah pada tarikh 6 Mac tersebut. Perak menewaskan Pulau Pinang dengan 4 gol tanpa balas.

Selain itu, hanya satu perlawanan pusingan pertama Piala FA telah diadakan secara timbal balik. Perlawanan itu antara Kedah LADA menentang Pahang Kuantan Port.

Perlawanan pertama di Kedah pada 10 Mac menyaksikan kedua-dua kelab terikat 1-1. Namun aksi kedua pada 17 Mac, Kedah LADA telah menewaskan Pahang Kuantan Port melalui skor 1-2. Wakil Kedah itu mara ke pusingan kedua melalui agregat 3-2.

PRU Ke-12 (2008)

Kepimpinan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi diuji buat kali kedua dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Pembubaran Parlimen: 13 Februari 2008
Hari Penamaan Calon: 24 Februari 2008
Hari Pengundian: 8 Mac 2008

Pada musim 2008, Liga Super mempunyai 13 pasukan. Sudah pasti ketika hari perlawanan (match day), pasti akan ada satu pasukan yang akan berehat.

Malah sewaktu tempoh kempen pilihan raya diadakan di antara 24 Februari hingga 8 Mac, ada ‘match day’ telah berlangsung untuk Liga Super Malaysia.

Tarikh perlawanan tersebut ialah pada 26 Februari dan 1 Mac.

Perlawanan antara ATM menentang Shahzan Muda dalam Liga Premier 2008. Sumber: Kosmo.

Dalam saingan Liga Premier pula, 25 Februari dan 29 Februari juga telah menyaksikan dua match day telah diadakan. Pada ketika itu juga Liga Premier mempunyai 13 pasukan.

PRU Ke-13 (2013)

Dato’ Seri Najib Tun Razak menghadapi Pilihan Raya Umum pertama dalam pentadbirannya pada 2013.

Pembubaran Parlimen: 3 April 2013
Hari Penamaan Calon: 20 April 2013
Hari pengundian: 5 Mei 2013

FAM mengambil keputusan untuk meneruskan juga perlawanan Liga Super dan Liga Premier biarpun dilangsungkan dalam tempoh berkempen.

Perlawanan seperti pada 26 dan 27 April serta 3 Mei untuk kedua-dua saingan liga telah diadakan tanpa sebarang halangan.

Penutup

Adakah saingan Liga Malaysia 2018 akan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada PRU ke-14 dalam masa terdekat?

Di negara maju, kejohanan bola sepak domestik berjalan lancar. Walaupun sedang hadapi pilihan raya.

Kami berharap kejohanan domestik tidak akan terjejas sekiranya Pilihan Raya Umum berlangsung tidak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN