Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dilaporkan akan menyertai pasukan baharunya tidak lama lagi selepas kontrak pinjamannya bersama UMF Njardvik di Iceland.
Untuk rekod, sehingga kini Luqman masih lagi mempunyai kontrak bersama K.V Kortrijk di Belgium dan sebelum itu penyerang muda tersebut dipinjamkan kepada UMF Njardvik dalam misi untuk meraih lebih banyak minit permainan.
Luqman jafnar 1-1! 💪💪 pic.twitter.com/q3GliXTpet
— NjarðvíkFC (@fcnjardvik) June 8, 2023
Bersama kelab di Iceland tersebut, Luqman berjaya menghasilkan beberapa gol dalam saingan liga sana serta memberi impak cukup positif di hadapan gawang gol.
Namun kini, tempoh pinjaman beliau bersama Njardvik akan tamat tidak lagi dengan laman sukan, Vocket FC melaporkan beberapa kelab berminat untuk cuba mendapatkan khidmat Luqman.
Jelas laporan tersebut, ada kelab dari Indonesia, Poland, serta Malaysia sendiri menunjukkan minat untuk cuba mendapatkan khidmat Luqman bagi memperkukuhkan aspek serangan.
Walaupun begitu, jendela perpindahan pemain di kebanyakan liga sudah pun hampir ditutup dan situasi semasa menyaksikan Luqman bakal kembali seketika bersama KV Kortrijk sehingga awal tahun hadapan.
“Ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat Luqman tetapi banyak jendela perpindahan telah ditutup. Jadi senario yang ada ialah Luqman akan kekal bersama KV Kortrijk sehingga Januari tahun hadapan.
“Ada kelab dari Poland, Indonesia dan Liga Malaysia yang berminat dengan Luqman. Salah satu kelab di Lembah Klang menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain muda itu.
“Sekiranya ada pasukan yang berminat dan jendela perpindahan di negara asal kelab itu masih dibuka, maka Luqman akan mempertimbangkan tawaran yang ada,” jelas kenyataan dikeluarkan oleh Vocket FC.
Pada masa sama, Luqman juga dilaporkan kini sedang memberi fokus untuk cuba melayakkan diri dalam kesebelasan utama bersama Kortrijk setelah mencapai sesuatu ketika beraksi di Iceland.
Byrjunarliðið gegn Ægir er klárt! 🔒
🔁Arnar gerir þrjár breytingar frá síðasta leik
🇲🇾Luqman byrjar sinn fyrsta leik
⚒Sigurjón og Marc standa vaktina í hjarta varnarinnar!Áfram Njarðvík! pic.twitter.com/5fjwdK3oMf
— NjarðvíkFC (@fcnjardvik) May 11, 2023
Malah ketika ini Luqman dalam persiapan untuk mewakili skuaf bawah 23 negara (B-23) untuk aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang akan berlangsung tidak lama lagi di Thailand.
Saingan tersebut pastinya menjadi medan terbaik buat Luqman untuk membuktikan sesuatu selaku penyerang muda yang boleh diharapkan sebelum cuba mengintai ruang kesebelasan utama bersama K.V Kortrijk.
Pada usia masih muda, perjalanan pemain ini masih lagi panjang dan mampu untuk membuktikan sesuatu dalam karier bola sepak profesional di luar negara selain berbakti untuk skuad senior kebangsaan.