Adakah Kelantan Kini Kelab Paling Bernilai Di Malaysia?

Zamsaham

Baru-baru ini, pemilik Kelantan iaitu Norizam Tukiman atau lebih mesra dikenali sebagai Zamsaham mendedahkan yang ada penyokong setia pasukan tersebut mahu membeli saham The Red Warriors.

Menurut Zamsaham, penyokong Kelantan itu dikatakan mahu memperoleh 5% saham pasukan tersebut dengan jumlah RM3 juta ditawarkan untuk mendapatkannya.

“Terima surat permohohan permohonan dari peminat setia bola Kelantan FC berminat nak beli 5% saham TRW Kelantan FC pada harga RM3 juta.

“InshaAllah, kalau jadi saya akan umumkan,” tulis Zamsaham di Facebook.

Kelantan pasukan paling bernilai Malaysia?

Perkongsian Zamsaham itu menarik perhatian dengan persoalan timbul – adakah Kelantan pasukan paling bernilai di Malaysia?

Umum mengetahui yang Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan pasukan paling bernilai di negara ini dengan anggaran RM33 juta.

Dengan pendedahan Zamsaham yang mengatakan nilai bagi 5% pegangan dalam Kelantan bernilai RM3 juta, adakah nilai keseluruhan kelab bernilai RM60 juta?

Itulah persoalan yang cuba dilontarkan seorang pemuda bernama Aliff Ahmad di Facebook selepas melihat pendedahan Zamsaham itu.

“Kalau 5% = RM3 juta, maka 100% = RM60 juta la kan?,” tanya Aliff dalam siaran Facebooknya.

Jika benar penilaian RM60 juta itu, Kelantan sebenarnya sudah melepasi JDT yang kurang lebih daripada separuh harga tersebut.

Pertikaian muncul apabila Kelantan yang dibeli Zamsaham pada 2020 berjaya dinaikkan nilainya kepada RM60 juta dalam masa yang teramat singkat.

Sementara JDT yang lebih teguh kewangannya mengambil masa 10 tahun untuk mencapai nilai RM33 juta itu.

“JDT pun value baru RM33 juta, itu pun setelah 10 tahun develope. TRW dibeli dengan harga RM6.8 juta sahaja tahun 2020. Tahun ini sudah bernilai lebih daripada JDT,” tambah Aliff lagi.

Aliff kemudiannya mempersoal bagaimana caranya Zamsaham menilai kelabnya itu. Apakah cara yang dilakukan?

Valuation bagaimana ia dibuat? Berkus? Book ratio? Hutang-hutang nak buang pakai gearing apa ni? Gear reverse?,” tanya Aliff dengan penuh tajam.

Hingga kini, nilai sebenar Kelantan masih belum lagi didedahkan oleh Zamsaham.

Barang kali, nilai RM3 juta itu adalah melebihi penilaian sebenar yang dilakukan pihak kelab – tetapi potensi pelabur mahu membayar lebih daripada harga asal.

Jika benar nilai Kelantan mengatasi JDT, ianya pasti akan mengubah landskap bola sepak Malaysia pada masa akan datang.

Adalah perlu untuk pasukan-pasukan lain juga untuk bangkit dan mula memajukan kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN