Menurut beberapa sumber, Kedah dan Selangor sedang dalam perbincangan mendapatkan pemain import yang boleh beraksi di beberapa posisi di jentera depan, Sony Norde, menjelang penutupan jendela perpindahan.
Berbaki lima hari sebelum jendela perpindahan kedua ditutup pada Jumaat, Malaysia Football League (MFL) setakat ini hanya mengesahkan dua buah pasukan yang telah melengkapkan proses pendaftaran pemain.
Dua pasukan tersebut adalah Sri Pahang FC dan Negeri Sembilan FC. Jadi, kita menanti baki 10 pasukan lagi.
📝 TEMPOH PENDAFTARAN KEDUA LIGA MALAYSIA 2022
Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC membatalkan dan mendaftarkan pemain-pemain berikut.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/1BYLaKgGIA
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 18, 2022
Kedah dan Selangor, jika dilihat sudah tiada keperluan untuk menukar pemain import apabila masing-masing sudah lengkap lima pemain. Namun, jika khabar ini benar, kedua-dua pasukan mungkin akan buat perubahan.
Berdasarkan senarai terkini di Darul Aman, lima pemain import mereka adalah Marc Vales, Dechi Marcel, Ngah Wanja, Sanrawat Dechmitr, dan seorang lagi pemain dari Jordan yang akan diumumkan, Mahmoud Al-Mardi.
The Red Giants pula ketika ini dilihat tiada sebarang pengumuman perubahan pemain dengan Yazan Al-Arab, Baha’ Abdel-Rahman, Safuwan Baharudin, Caion dan Hyuri dilihat masih bersama mereka di sesi latihan.
Namun, mereka memiliki ruang untuk pendaftaran pemain dalam skuad simpanan, Selangor 2 di Liga Premier.
Berdasarkan situasi ini, hanya Sang Kenari yang bakal berdepan dilema untuk menggugurkan seorang import.
Okay, I am not sure if this is strong or not, but several sources are telling me that Sony Norde could be on the move. The Melaka winger is linked to clubs like Selangor and Kedah. Watch this space! #MSL2022 #MFLTransfer2022
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 19, 2022
Berdasarkan perkongsian oleh dua wartawan, pemain Melaka United, Sony Norde bakal meninggalkan pasukan.
Walaupun ia masih tidak dapat dipastikan sepenuhnya, namun kedua-dua wartawan ini selalunya mendapat khabar yang sahih. Wartawan The Star, T. Avineshawaran membuat ciapan tentang Sony Norde pagi tadi.
“Okay, saya tidak pasti sama ada khabar ini benar atau tidak, tetapi beberapa sumber memaklumkan kepada saya yang Sony Norde bakal berhijrah. Pemain sayap Melaka itu dikaitkan dengan pasukan seperti Selangor dan Kedah.”
Twitter T. Avineshwaren
"I'm very sad to leave the team!" All the best Sony Norde.
More on Nadi Weekend tonight. @ASTROARENA pic.twitter.com/Sw63V3q4Ev
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 19, 2022
Selain itu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam turut membuat ciapan yang hampir sama tentang dua pasukan yang berminat untuk mendapatkan pemain tersebut, tetapi dengan tambahan kelab dari Indonesia.
Jadi, aksi tanpa jaringan antara Melaka United dan Negeri Sembilan malam tadi merupakan perlawanan terakhir Sony Norde bersama skuad Hang Tuah. Musim ini beliau beraksi dalam tujuh perlawanan tanpa sebarang gol.