Adakah JDT Akan Terus Kuasai Liga Super Atau Bakal Muncul Dominasi Baharu?

Liga Malaysia

Melihat persiapan setiap pasukan yang bermain di Liga Super musim ini membuktikan akan wujud persaingan sengit nanti.

Kemasukan beberapa pemain import serta pemain tempatan di dalam pasukan memeriahkan lagi Liga Malaysia.

Ini membuktikan pihak pengurusan semakin cakna dengan persediaan pasukan dan tidak lagi melakukan perlawanan atau pertarungan dua kelab untuk merebut piala yang hanya boleh dikategorikan “liga syok sendiri”.

Kesannya, pasukan tidak dapat berada di tahap terbaik sekali gus gagal memberi saingan sehingga hujung musim.

Perlawanan kompetitif sangat baik kepada pasukan apatah lagi jika bertemu dengan kelab yang jauh lebih baik daripada mereka.

Untuk musim 2023, beberapa pasukan Liga Super telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perlawanan pra-musim bersama kelab dari luar negara bagi memantapkan lagi kekuatan pasukan.

Ia satu perkembangan positif buat kelab dari Malaysia.

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) memilih Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kedah Darul Aman (KDA) akan terbang ke Turkiye sementara Sabah, Terengganu, Sri Pahang dan Kelantan mengadakan perlawanan di Thailand.

Secara tidak langsung, jurulatih dapat menilai kekuatan sebenar pemain dan memberi gambaran kekuatan skuadnya. Malah pihak pengurusan juga dapat menyediakan sasaran lebih realistik kepada peminat berdasarkan persiapan pra-musim dan bukan sasaran untuk menyedapkan hati peminat.

Menang atau kalah itu bukan ukuran utama kerana pra-musim adalah masa terbaik setiap pasukan membentuk kekuatan dari segi kesefahaman antara pemain, mencuba beberapa taktikal dan paling penting semangat kerjasama.

Masa inilah peluang untuk jurulatih mengenal pasti kelemahan dan kelebihan yang ada pada setiap pemain dan pasukan.

Menang atau kalah dalam perlawanan pra-musim itu tidak bermakna pasukan kesayangan anda akan gagal di Liga Super kerana perlu melihat juga dengan siapa mereka adakan perlawanan itu.

Namun jika taraf kekuatan pasukan lawan itu lebih kurang sama tetapi tetap kalah, ia memberi bayangan awal untuk permulaan aksi liga nanti.

Ada sesetengah peminat kadang-kala bertanya apa kebaikan pasukan mengadakan perlawanan di negara lain.

Mari lihat dari sudut positif, selain mendapatkan lawan yang lebih kuat, sesebuah pasukan dapat memperkenalkan jenama mereka serta adakan pemasaran dua hala.

Mungkin cara ini akan memberi peluang kepada kita mendapatkan pemain yang terbaik di liga mereka selain dapat mempromosikan Liga Malaysia di negara luar.

Adakah ini bermakna pasukan yang adakan pra-musim di dalam Malaysia tidak dapat menyediakan pasukan terbaik?

Tidak kerana seperti dikatakan, perlawanan kompetitif yang diadakan di dalam Malaysia pun sedikit sebanyak akan membantu persiapan pasukan.

Ia akan menjadi masalah jika pasukan hanya mampu adakan satu atau dua perlawanan sahaja, itu pun lawan dengan pasukan yang akan bermain di Liga M3. Ini agak sukar untuk menilai kekuatan sebenar sesebuah pasukan itu.

Jika musim lepas kita dapat menyaksikan pertarungan tiga pasukan sehingga perlawanan terakhir untuk merebut tempat kedua dalam liga, apakah musim ini akan ada sajian lebih hebat terutamanya dalam konteks perebutan kejuaraan liga?

Atau ia akan berakhir seperti tahun-tahun sebelum ini di mana kejuaraan liga sudah ketahui lebih awal?

Pasukan mana yang akan memecah dominasi JDT musim ini? Atau bunga api akan terus dimainkan di Stadium Sultan Ibrahim?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN